Utusan Borneo (Sabah)

Menjejaki kisah sejarah di Pattani

Perigi kononnya digali Hang Tuah tarikan kunjungan

-

SAYA tidak pasti dimana Hang Tuah dimakamkan. Beliau seorang laksamana gagah perkasa di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namaanya gah di seantero Nusantara. Kisah kepahlawan­annya sudah menjadi mitos dan cerita rakyat yang tersebar bukan saja di Melaka, malah di Riau, Surabaya malah di Makassar. Di Riau, Hang Tuah adalah pahlawan Melayu yang dilahirkan di Bintan. Di Surabaya, masih ada Universiti Hang Tuah, di Makassar ada SMP Hang Tuah.

Antara kesan peninggala­n Hang Tuah ialah Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong Melaka, dimana beliau menggali sendiri perigi dan kini perigi yang asalnya kecil itu kini menjadi besar dan tidak pernah kering walaupun ketika musim kemarau.

Khabarnya ketika singgah Pattani dalam rangka kunjungan ke Kerajaan Ayuthia, Hang Tuah juga sempat menggali perigi untuk kegunaan rombongann­ya. Perigi Hang Tuah itu terletak di Kampung Kerisik Patani. Pelbagai kisah menarik di sebalik pembinaan perigi ini. Menurut cerita rakyat, masa itu, Pattani diperintah Raja Hijau seorang wanita sempat memperliha­tkan kegagahan Kerajaan Patani di depan Hang Tuah dengan bersilat bersama 300 pengawalny­a. Namun demikian, tidak ditemui sebarang rujukan, catatan sejarah atau manuskrip yang boleh dijadikan sandaran bukti mengenai kehadiran Hang Tuah di Pattani.

Sebelum melihat perigi Hang Tuah, kami ke Yarang, melihat tapak Kerajaan Langkasuka. Dimana letaknya pusat kerajaan Langkasuka? di Kedah atau di Yarang? Hal ini masih menjadi perdebatan di kalangan sejawaran. Tetapi di Yarang, Tapak Kerajaan Langkasuka ditemui pada tahun 1989, di kawasan seluas kira-kira 8km. Lebih 31 parit buatan manusia ditemui di kawasan tapak arkeologi itu. Langkasuka adalah sebuah kerajaan yang diasaskan pada abad ke-2 Masihi. Adalah dipercayai tapak arkeologi itu dibina sekitar abad ke enam Masihi.

Kunjungan ke tapak kerajaan Langkasuka di Yarang itu membuka mata kepala kami untuk terus menggali sejarah peradaban di Nusantara.

Dalam kunjungan kali ini, kami iaitu saya, Akiah Haji Barabag, Imam Masdin Saibin dan Mabulmaddi­n Haji Shaiddin- sempat berkunjung ke Masjid Kerisik, yang juga dikenal Krue Se Mosque atau Pitu Krue Ban Mosque di Pattani.

Kerisik dalam bahasa Melayu berarti pasir berwarna putih seperti mutiara. Pedagang Arab ketika sampai ke Kerisik menamakan tempat itu “lu lu’ atau mutiara dalam bahasa Melayu. Masjid Kerisik menyaksika­n banyak peristiwa sejarah. Khabarnya, masjid ini adalah masjid pertama di Asia Tenggara yang dibina menggunaka­n bata merah buatan Kampung Tarab Bata berdasarka­n seni bina Timur Tengah. Menurut maklumat yang diperolehi, bata binaan itu disusun menggunaka­n campuran kulit kerang dan adunan beras pulut hitam, kemudian dicampur dengan adunan telur putih dan manisan.

Masjid itu dibina pada zaman Sultan Muzaffar Syah. Ketika itu, Kerajaan Fathoni Darussalam terkenal sebagai pusat pengajian yang terkenal di Asia Tenggara.

Kunjungan ke Masjid Kerisik itu mengingatk­an saya satu tragedi yang berlaku pada pertengaha­n 2000-an apabila banyak umat Islam terkorban dalam peristiwa Tak Bai dan Masjid Kerisik.

Saya tidak sempat berbual dengan jemaah masjid kerana kami terpaksa bergegas lagi ke beberapa tempat bersejarah di Pattani.

Salah satu kesempatan yang tidak mungkin dilepaskan ialah kunjungan ke perigi Sheikh Daud Al Fathoni atau Tok Syeikh Daud Patani. Rasa sangat bertuah kerana dapat berkunjung ke tempat ulama terkenal di nusantara ini. Sheikh Daud pernah belajar selama 30 tahun di Mekah dan lima tahun di Madinah. Keturunan dan keluarga Sheikh Daud Patani ini banyak mendominas­i pengajian Islam di Nusantara.

Selain kunjungan ke tempat bersejarah itu, kami sempat ke Prince of Songkla University untuk berkongsi pengalaman mengenai masyarakat etnik Sabah dan sedikit sebanyak memperkena­lkan keistimewa­an dan keunikan Sabah kepada mahasiswa mahasiswi di kampus itu. Sambutan yang diberikan oleh Acharn Nik Rakib, Sawawee Padameen dari Nusantara Studies Center PSU, beserta pelajar mereka, Al Amin Sufri, Noraini Ibrahim,Tayibah Adam, Fadilah Fithya, Roslin Samsing, Aridah Abdul Kadir, Wahidah Awang , Najwa ,dan ramai lagi sangatlah bermakna. Walaupun sudah beberapa waktu berlalu namun kunjungan ke Pattani tetap terpahat dalam ingatan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PERIGI Sheikh Daud Patani bersama Prof Nik Rakib (kir sekali) Nawawi Padameen (kanan).
PERIGI Sheikh Daud Patani bersama Prof Nik Rakib (kir sekali) Nawawi Padameen (kanan).
 ??  ?? AKIAH Haji Barabag menyerahka­n buku mengenai Iranun di Sabah kepada Prof Nik Rakib.
AKIAH Haji Barabag menyerahka­n buku mengenai Iranun di Sabah kepada Prof Nik Rakib.
 ??  ?? BERSAMA pelajar Prince of Songkla University.
BERSAMA pelajar Prince of Songkla University.
 ??  ?? DI Tapak Langkasuka di Yarang.
DI Tapak Langkasuka di Yarang.
 ??  ?? MASJID Kerisik di Patani.
MASJID Kerisik di Patani.
 ??  ?? PERIGI Hang Tuah di Patani.
PERIGI Hang Tuah di Patani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia