Utusan Borneo (Sabah)

Festival Jazz Kuching Waterfront 29 & 30 September ini

Tampil penyanyi, pemuzik Jazz serantau

-

FESTIVAL Jazz Kuching Waterfront (KWJF) buat julung kalinya akan diadakan pada 29 dan 30 September ini di Grand Margherita Hotel Kuching.

Menurut satu kenyataann­ya, festival itu akan menampilka­n sejumlah 17 pemuzik dan band jazz yang diiktiraf dari seluruh rantau ini.

Antaranya ialah Datuk Sheila Majid (Malaysia), Ernie Watts (USA), Jeremy Monteiro (Singapura), Kunto Aji (Indonesia) dan Shanghai Sisters (Malaysia).

Datuk Sheila Majid, yang dikenali sebagai Queen of Jazz Malaysia, telah berada di arena jazz Malaysia dan antarabang­sa selama lebih dari 30 tahun.

Beliau pertama kali mencipta kejayaan dengan lagu ‘Sinaran’ pada tahun 1986 dan lagu tersebut masih menjadi kegemaran malar hijau hingga ke hari ini.

Beliau mencapai kemasyhura­n antarabang­sa apabila memenangi Anugerah BASF Indonesia yang berprestij untuk Artist Perempuan Terbaik dalam kategori R& B pada tahun 1987, yang tidak pernah dilakukan oleh orang bukan Indonesia.

Kejayaan beliau di Indonesia itu diikuti dengan konsert jelajah ke seluruh negara pada tahun 1988 yang mendapat sambutan yang begitu menggalakk­an.

Sheila kemudianny­a melebarkan sayapnya ke Jepun dengan melancarka­n albumnya berjudul ‘Warna’ pada tahun 1988.

Semenjak itu, Sheila sering muncul di banyak pentas dunia dan memenangi pelbagai anugerah menerusi beberapa buah lagu yang dinyayikan­nya.

Ernie Watts, yang digelar sebagai peniup saksofon tenor sepanjang masa, adalah seorang pemuzik jazz Amerika dan pemain saksofon yang serba boleh dan kreatif dalam seni muzik.

Bermula pada usia 13 tahun, peniup saksofon ini telah memenangi Anugerah Grammy dan telah memainkan jazz secara profesiona­l selama 50 tahun di seluruh dunia.

Beliau telah mengadakan kolaborasi 500 rakaman dengan artis yang berlainan dan bahkan pernah bermain di soundtrack filem untuk hits yang terkenal seperti ‘Grease’ dan ‘The Color Purple’.

Beliau mempunyai 23 album yang mana lapan daripadany­a dirakamkan di bawah label syarikat rakamannya sendiri iaitu Flying Dolphin Records.

Pada festival ini nanti, Ernie akan membuat persembaha­n bersama Jeremy Monteiro Organ Trio.

Jeremy Monteiro dianggap sebagai salah seorang pemain piano jazz terkemuka di Asia dan telah dirujuk sebagai King of Swing Singapura oleh media.

Beliau telah berkecimpu­ng selama 40 tahun menjadi seorang pemuzik jazz profesiona­l dan mempunyai lebih daripada 20 album jazz.

Jeremy Monteiro akan tampil dalam dua sesi berasingan dengan Trio Organ dan Ernie Watts serta Kuasa Kuasa Asia All Stars yang menampilka­n Melissa Tham, kedua-duanya menjanjika­n acara yang menarik.

Antara pemuzik dan band lain yang akan tampil bersama pada KWJF nanti adalah Kunto Aji (Indonesia), Shanghai Sisters (Malaysia), Abdul dan Teater Kopi (Indonesia), Balawan Magic Fingers (Indonesia), Mellow Motif (Thailand), Andy Peterson Malaysia) dan banyak lagi.

Selain KWJF diharap dapat menjadi platform untuk memberi inspirasi dan memupuk bakat muzik tempatan di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari www. kuchingwat­erfrontjaz­z.com. Pakej hotel dan tiket KWJF juga boleh dibeli secara online di laman sesawang atau di Grand Margherita Hotel, Riverside Majestic Hotel atau Place Borneo Sdn Bhd.

Untuk maklumat terkini, sila cari Kuching Waterfront Jazz di Facebook dan Instagram, atautau emai kuchingwat­erfrontjaz­z@ gmail.com untuk pertanyaan lanjut.

“Antaranya ialah Datuk Sheila Majid (Malaysia), Ernie Watts (USA), Jeremy Monteiro (Singapura), Kunto Aji (Indonesia) dan Shanghai Sisters (Malaysia).

 ??  ?? JEREMY Monteiro bersama The Asian All-Stars Power Quartet menampilka­n Melissa Tham di KWJF.
JEREMY Monteiro bersama The Asian All-Stars Power Quartet menampilka­n Melissa Tham di KWJF.
 ??  ?? BALAWAN MAGIC FINGERS
BALAWAN MAGIC FINGERS
 ??  ??
 ??  ?? TEMUI MEREKA: (Dari kiri ikut arah jam) Ernie, Kunto Aji, dan Sheila Majid.
TEMUI MEREKA: (Dari kiri ikut arah jam) Ernie, Kunto Aji, dan Sheila Majid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia