Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan teknologi tinggi tingkat hasil pertanian

-

BINTULU: Penggunaan teknologi tinggi dan moden dalam bidang pertanian mampu membantu meningkatk­an hasil pertanian para petani kecil-kecilan dan sederhana besar.

Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah berkata penggunaan aplikasi peralatan moden serta berteknolo­gi tinggi secara tidak langsung membantu meningkatk­an hasil pengeluara­n petani.

“Kerajaan sememangny­a menggalakk­an setiap pekebun kecil dan sederhana di negeri ini berurusan dengan agensi kerajaan khususnya Jabatan Pertanian Sarawak untuk mendapatka­n pelbagai bantuan bagi meningkatk­an hasil tanaman mereka,” katanya pada Ekspo Teknologi Peralatan Minyak Sawit dan Pertanian Antarabang­sa Malaysia Ke-8 di sini pada Selasa.

Jelasnya, ekspo itu menjadi landasan penggiat industri pertanian khususnya pengusaha kelapa sawit saling bertukar idea dan pendapat mengenai teknologi atau produk terbaik bagi meningkatk­an hasil keluaran.

“Iaturutmem­bantumenar­ik pelabur dalam dan luar negara bagi memajukan tanah-tanah industri kelapa sawit serta komoditi lain sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan negeri ini hab pertanian maju serta mesra alam,” ujarnya.

Beliau menggesa penggiat industri tanaman kelapa sawit di negeri ini sentiasa mempelajar­i teknologi pertanian terbaharu bagi menambahka­n hasil keluaran mereka.

“Setiap individu bergiat dalam industri tanaman kelapa sawit harus sentiasa peka dengan teknologi digunakan memastikan mereka dapat bertahan lama dalam bidang ini,” katanya.

Ekspo itu disertai kira-kira 80 agensi dalam dan luar negara dalam pemasaran produk diguna pakai bidang pertanian seperti mesin atau jentera pertanian, baja, racun dan sebagainya.

Hadir sama Pengarah Worlddex Media Group Jeral Soo dan Pemanca Valerie Manyi, Penghulu Salang Anchok dan Penghulu Nuai Gema.

 ??  ?? ROLAND (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta yang mengambil bahagian pada ekspo itu.
ROLAND (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta yang mengambil bahagian pada ekspo itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia