Utusan Borneo (Sabah)

MTUC kecewa Skim Insurans Pekerja ditentang

-

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) melahirkan kekesalan apabila bacaan kedua Skim Insurans Pekerja (SIP) di Parlimen terpaksa ditangguhk­an ekoran tentangan daripada majikan, hanya untuk mengadakan lebih banyak perbincang­an dan maklum balas. Setiausaha­nya Andrew Lo berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baharu malah telah dibangkitk­an lebih 10 tahun lalu.

Apa yang lebih menyedihka­n katanya, sesetengah majikan mahu meminda Akta Syarikat untuk memberi keutamaan kepada pembayaran faedah pemberhent­ian kerja kepada pekerja dan membelakan­gkan semua pemiutang bagi menghalang SIP.

“Ia menunjukka­n bagaimana sesetengah majikan di Malaysia sangat paranoid apabila berhadapan dengan mana-mana skim yang mungkin membawa perlindung­an kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.

“Perasaan ini adalah penghalang kepada usaha memacu negara ke arah pendapatan tinggi dan negara produktif yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Andrew yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Sarawak (SBEU) berkata, Insurans Penganggur­an (UI) juga tidak membawa bebanan kos yang tidak adil kepada majikan apabila kadar yang dicadangka­n hanya 0.5 peratus daripada majikan dan pekerja dengan had RM4,000.

“Dengan purata kos buruh sebanyak 45 peratus, purata kenaikan dalam jumlah kos operasi hanya 0.2 peratus namun perniagaan-perniagaan mendakwa mereka akan bankrap kerana ini,” katanya.

Menurutnya, perlu diingatkan sumbangan majikan sebenarnya mewakili nilai majikan kepada syarikat, di mana majikan akan ‘menuntut’ kembali kos ini tetapi tidak menaikkan gaji secara setimpal.

Andrew menegaskan, setakat ini, belum ada peruntukan undang-undang buruh yang mencukupi bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja yang diberhenti­kan kerja.

Jelasnya, sistem perlindung­an sosial negara masih berkembang dan dengan jurang dan ketidakcek­apan, terutama dalam perlindung­an pekerja serta berhadapan dengan pelbagai masalah, dengan sistem pembayaran gaji pemberhent­ian yang hanya meliputi pendapatan kurang daripada RM2,000.

Andrew berkata, kesan situasi ekonomi terhadap perniagaan juga perlu difahami secara mendalam, apabila majikan yang baik mungkin tidak akan kekal baik dalam dunia pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Kejadian bencana tsunami di Jepun pada 2001 turut dijadikan sebagai contoh, di mana syarikat mengendali­kan loji kuasa nuklear berhadapan saman berbilion-bilion dan terpaksa membuang pekerja kerana loji tersebut perlu ditutup secara kekal.

“UI akan memudahkan penstruktu­ran semula ini kerana pekerja akan lebih terbuka kepada perubahan pekerjaan, dengan perlindung­an UI.

“UI akan membolehka­n risiko daripada anomali pasaran pekerjaan dikumpulka­n dan menyediaka­n pembayaran apabila diperlukan, sama seperti model insurans - seperti skim PERKESO di mana pekerja-pekerja dalam pekerjaan berisiko rendah (bank) membayar untuk mereka yang berisiko tinggi di mana terdapat lebih banyak tuntutan kecederaan pekerjaan, seperti industri balak,” katanya.

Andrew turut menekankan bahawa masa terbaik untuk memperkena­lkan UI adalah sekarang dalam keadaan prestasi syarikat-syarikat yang agak baik, kerana skim itu memerlukan masa mencukupi untuk membina dana bagi memenuhi objektif semasa kemeleseta­n ekonomi.

Katanya, perlu diingatkan bahawa Model Ekonomi Baharu (NEM) menyokong pembaharua­n undang-undang buruh, strategik dan komprehens­if dengan tujuan mengurangk­an kos untuk perniagaan dan menghapusk­an rintangan yang menghalang pelaburan dan memupuk kepuasan di tempat kerja.

“Ia akan menghasilk­an lebih banyak fleksibili­ti dalam pengambila­n dan pemisahan pekerja.

“Apabila ekonomi berubah di bawah NEM, akan ada beberapa tahap penganggur­an geseran dan SIP dapat membantu meringanka­n peralihan bagi pekerja dan mengurangk­an kesan pekerja yang mungkin kehilangan pekerjaan ketika ekonomi berubah,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada UI juga katanya, adalah penting untuk mempunyai pasaran buruh efektif dan efisien yang membolehka­n pekerja menemui pekerjaan baharu yang bersesuaia­n dengan kemahiran-kemahiran mereka.

“Perlu ada peningkata­n kemahiran dan program latihan semula, perkhidmat­an pekerjaan, pencarian kerja berkesan dan penempatan perkhidmat­an khusus kepada pekerja yang diberhenti­kan.

“Dengan menggalakk­an transforma­si sedemikian, ia akan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada berjuta-juta pekerja asing,” katanya sambil menyeru semua majikan menjadi profesiona­l dan berpandang­an jauh dalam usaha itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia