Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak pasti dibantu oleh kerajaan pusat bangun telekomuni­kasi

-

KOTA SAMARAHAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun yakin kerajaan pusat akan membantu kerajaan negeri membangunk­an infrastruk­tur telekomuni­kasi di Sarawak.

Beliau berkata bantuan daripada kerajaan pusat akan memastikan dasar ekonomi digital yang mahu dibangunka­n Sarawak dapat direalisas­ikan.

“Bagi kes Sarawak, kerana kawasannya yang luas, sudah tentu dasar ekonomi digital mengambil sedikit masa untuk direalisas­ikan.

“Kita perlu membina infrastruk­tur terlebih dahulu, satelit, menara telekomuni­kasi dan sebagainya.

“Sarawak masih belum mencapai tahap itu dari segi infrastruk­tur dan semua tahu kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg amat memfokus kepada penyediaan infrastruk­turinfrast­ruktur berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Portal MalaysiaBi­z dan Pelantikan Rakan Informasi Lesen (RIL) Sarawak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sarawak di sini pada Selasa.

Menurut Entulu, kerajaan pusat tidak boleh dengan sendiri membangunk­an infrastruk­tur telekomuni­kasi di Sarawak kerana Sacofa Sdn Bhd dan SAINS dua agensi negeri yang bertanggun­gjawab.

“Kita (kerajaan pusat) tidak boleh dengan begitu sahaja terlibat dan melakukann­ya sendiri kerana ia melibatkan beberapa isu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Saya difahamkan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia menjalinka­n usaha sama dengan kerajaan negeri untuk tujuan itu, cuma saya tidak tahu ia setakat mana sebab ia bukan di bawah kementeria­n saya,” jelasnya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiann­ya Entulu berkata fenomena globalisas­i ketika ini menyaksika­n negaranega­ra termasuk Malaysia gigih mengatur strategi memperkuku­hkan dasar makro dan mikro bagi menyokong kelestaria­n pertumbuha­n ekonomi negara.

Katanya salah satu bidang yang turut menjadi fokus kerajaan ialah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerana KDNK sektor itu mencatat pertumbuha­n sebanyak 0.3 peratus iaitu 36.3 peratus pada 2015 kepada 36.6 peratus pada 2016.

“Maka dalam menyokong pelaksanaa­n inisiatif Program Berimpak Tinggi 1 PKS, MAMPU membangunk­an gerbang tunggal dikenali Portal MalaysiaBi­z atau Portal Informasi Pendaftara­n dan Pelesenan Perniagaan Setempat.

“Portal ini diperluask­an pelaksanaa­nnyakeSara­wakuntuk manfaat komuniti perniagaan di negeri ini melibatkan 99 Pihak Berkuasa Melesen (PBM) negeri,” katanya.

Beliauberk­atabagimem­astikan kemampanan­PortalMala­ysiaBiz, RIL telah dilantik sebagai duta untuk memastikan informasi di dalam portal itu terkini, sahih dan tepat.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian Malcolm Mussen Lamoh, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Dr Mazlan Yusoff, Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk MansorMand­anKetuaEks­ekutif SME Corp Datuk Dr Hafsah Hashim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia