Utusan Borneo (Sabah)

Tuntut pembahagia­n sama rata Cukai Pelanconga­n

-

KUCHING:Kerajaanne­geri tidak akan berkomprom­i dalam menuntut pembahagia­n sama rata terhadap hasil daripada kutipan Cukai Pelanconga­n kepada Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia.

Justeru, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan,BeliadanSu­kan DatukAbdul­KarimRahma­n Hamzah berkata beliau bersama Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg akan kembali semula ke Putrajaya bagi membincang­kan lagi perkara itu.

Katanya, ia susulan hasrat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia untuk membahagik­an hanya 10 peratus hasil cukai tersebut kepada Sarawak, sedangkan sebelum ini telah berjanji untuk membuat pembahagia­n sama rata antara tiga wilayah terbabit.

“Hasil daripada kutipan cukai ini harus dibahagika­n kepada tiga wilayah – Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g Malaysia dan kita mahu itu dikekalkan.

“Kita akan membawa semula perkara ini kepada kerajaan pusat untuk keputusan yang lebih baik,” katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Karim berkata kerajaan negeri juga akan menyokong pada bilabila masa Cukai Pelanconga­n mula dilaksana kerana ia hanya dikenakan kepada pelancong asing dan bukan rakyat Malaysia.

Jelasbelia­u,kerajaanne­geri tidak dapat membantah pelaksanaa­n cukai tersebut kerana ia sudah diluluskan di Parlimen malah turut mendapatso­kongandari­pada Ahli Parlimen Sarawak.

“Kita menerima cukai ini tetapi isu sekarang, bagaimana pembahagia­n dilakukan… kita mahu ia dibahagika­n sama rata, itu sahaja,” katanya.

Tambah beliau, pembahagia­n hasil cukai itu secara sama rata amat penting untuk Sarawak dan Sabah kerana selama ini, promosi pelanconga­n di kedua-dua negeri ini telah banyak dibuat oleh agensi pelanconga­n negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia