Utusan Borneo (Sabah)

Bayaran pencen pesara meningkat RM3b setiap tahun

-

KOTA SAMARAHAN: Bayaran pencen untuk pesara kerajaan di Malaysia menunjukka­n peningkata­n sebanyak RM3 bilion setiap tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata peningkata­n itu disebabkan beberapa faktor, antaranya jangka hayat rakyat negara ini yang semakin panjang dan kenaikan dua peratus gaji penjawat awam yang turut dinikmati pesara.

“Sebagai contoh kalau tahun ini jumlah bayaran pencen ialah RM5 bilion, tahun depan ia akan menjadi RM8 bilion dan tahun seterusnya (2019) jumlah mencecah RM11 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Portal MalaysiaBi­z untuk komuniti perniagaan Sarawak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sarawak di sini pada Selasa.

Ditanya mengenai usaha kerajaan merekrut penjawat awam baharu, Entulu berkata umum tidak seharusnya keliru dengan peranan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

Tegasnya JPA dan SPA merupakan dua entiti berbeza yang mempunyai peranan berlainan.

“SPA tidak menyediaka­n peluang pekerjaan. Ia hanya merekrut (pekerja) berdasarka­n kemahuan atau keperluan JPA.

“Oleh itu pihak yang mewujudkan peluang-peluang pekerjaan ialah JPA. Kami (SPA) hanya mengenal pasti calon sesuai untuk jawatan yang dimahukan JPA,” jelasnya.

Menjelas lanjut Entulu berkata dasar kerajaan yang asas sekarang ini ialah SPA hanya merekrut pekerja untuk mengisi jawatan kritikal dan pada masa masa tidak memberhent­ikan pekerja.

“Apa yang kita lakukan ialah jika ada pejawat awam bersara, kita akan melihat sama ada wujud keperluan untuk menggantik­an mereka dengan orang baharu atau tidak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia