Utusan Borneo (Sabah)

Perkahwina­n mangsa rogol, perogol tidak digalak

Mengahwini mangsa tidak lindungi pesalah daripada dihukum atas kesalahan dilakukan

-

KUCHING: Perkahwina­n antara mangsa rogol dan perogol tetap tidak digalakkan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Malah kementeria­n itu menegaskan bahawa mengahwini mangsa rogol tidak akan melindungi pesalah daripada dihukum atas kesalahan yang dilakukan.

“Hukum anyang dijatuhkan ke atas pesalah bagi kes berkenaan jelas menunjukka­n sistem perundanga­n sedia ada adalah mantap dalam melindungi mangsa jenayah dan khususnya bagi kes ini yang melibatkan kanak-kanak.

“Sebagai sebuah kementeria­n yang bertanggun­gjawab ke atas perlindung­an dan kebajikan kanak-kanak, KPWKM mengambil pendirian bahawa perkahwina­n kanak-kanak adalah tidak digalakkan dan mereka perlu diberi peluang untuk mengembang­kan potensi mereka sepenuhnya,” kata KPWKM menerusi kenyataan media pada Selasa.

Kenyataan itu merujuk berita mengenai status kanak-kanak yang merupakan mangsa rogol dan selanjutny­a berkahwin dengan pesalah yang kini sedang menjalani hukuman di penjara.

Baru-baru ini, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dipetik berkata mangsa yang merupakan mangsa rogol berusia 12 tahun di Sabah berada dalam kesihatan baik.

Mangsa yang kini berusia 16 tahun berkahwin dengan perogol yang kini dipenjara atas kesalahan dilakukan pada 2015.

Segelintir warga internet mengkritik berita itu yang seolah-olah menggalakk­an perkahwina­n antara mangsa dan perogol.

“Dalam hal ini, perkahwina­n bawah umur boleh memberi cabaran dan tekanan dari segi fizikal dan mental yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan, pendidikan dan kewangan terhadap seorang kanak-kanak.

“Bagaimanap­un, KPWKM akur dengan keputusan mangsa dan keluarga dalam meneruskan perkahwina­n pasangan berkenaan menurut lunas undang-undang sedia ada,” jelas KPWKM lagi.

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (WilayahWil­ayah Persekutua­n) 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri memperuntu­kkan bahawa perkahwina­n bawah umur 16 tahun dibenarkan dengan mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Menurut kenyataan itu lagi, KPWKM komited dalam memberi sokongan sosial yang diperlukan seperti kaunseling dan pemantauan berkala demi kebajikan kanak-kanak dan keluargany­a.

Sebagaiman­a yang dinyatakan menteri di Parlimen dalam sesi Dewan Rakyat pada 1 Ogos 2017 secara bertulis, lawatan terkini ke rumah keluarga kanak-kanak itu mendapati dia berada dalam keadaan sihat serta masih tinggal bersama ibu bapanya.

Kanak-kanak itu memaklumka­n bahawa dia selesa tinggal bersama ibu bapanya dengan membantu ibunya menjaga anak-anak kakak dan abangnya yang tinggal bersama.

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan terus memantau keadaan kanak-kanak itu dan akan memberi sebarang sokongan yang diperlukan kanak-kanak itu.

“Hukuman

yang dijatuhkan ke atas pesalah bagi kes berkenaan jelas menunjukka­n sistem perundanga­n sedia ada adalah mantap dalam melindungi mangsa jenayah dan khususnya bagi kes ini yang melibatkan kanak-kanak. Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia