Utusan Borneo (Sabah)

MBM tidak berkompros­mi dengan peniaga degil

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak berkomprom­i dengan peniaga yang gagal mematuhi larangan dan peraturan ditetapkan serta akan membawa mereka ke muka pengadilan jika masih berdegil melakukan kesalahan sama.

Datuk Bandarnya Adam Yii berkata kesalahan paling kerap dilakukan ialah tidak memiliki lesen perniagaan sah yang boleh dikompaun RM300, menghalang laluan dan menyalahgu­nakan parkir kereta kawasan belakang premis kompaun RM300, tidak mempamerka­n lesen perniagaan kompaun R M 100 dan melakukan pembuangan sampah meratarata (RM300).

“Jika mereka melakukan kesalahan terbabit sebanyak tiga kali berturut-turut atau dikompaun sehingga tiga kali maka langkah seterusnya kami mengheret mereka ke mahkamah untuk tindakan lebih tegas,” katanya ketika menyertai operasi penguatkua­saan sempena pelancaran Ops Patuh yang menyaksika­n lebih 200 premis diperiksa dan diberi amaran oleh anggota penguat kuasa MBM di sini Selasa.

Menurut Adam, Ops Patuh julung kalinya tahun ini melakukan pemeriksaa­n ke atas semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa MBM (terutama premis makanan) sekitar bandar raya ini bagi memastikan pengusahan­ya memiliki lesen sah dikeluarka­n MBM.

“Padam asa sama, kita mahu memastikan premis-premis ini tidak membuat sambungan (termasuk bumbung) secara haram dan memastikan semua premis makanan sentiasa mengutamak­an kebersihan dalam dan sekitar premis mereka,” katanya.

Selain itu, Ops Patuh juga memastikan setiap premis makanan tidak melakukan ubah suai bangunan atau membina struktur bangunan tambahan tanpa kebenaran atau kelulusan MBM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia