Utusan Borneo (Sabah)

Coutinho bakal jadi milik Barcelona

-

BARCELONA: Barcelona dilaporkan hampir mendapatka­n khidmat pemain tengah Liverpool Philippe Coutinho dengan bayaran tertinggi kelab selepas kelab Catalan itu cuba mengisi kekosongan yang ditinggalk­an oleh perpindaha­n Neymar yang memecah rekod ke Paris Saint-Germain.

Kelab gergasi Sepanyol itu sudah pun berminat dengan Coutinho sebelum perpindaha­n Neymar yang bernilai 222 juta euro (RM1.07 bilion) ke Paris pada minggu lepas.

Akhbar Sport di Barcelona melaporkan perjanjian bagi pemain berusia 25 tahun itu “hanya beberapa jam sahaja lagi” selepas pegawai Barca berada di England kelmarin untuk mencapai persetujua­n.

Sport dan ESPN Deportes mendakwa Barca akan membuat bayaran awal sebanyak 90 juta euro (RM432 juta).

Bagaimanap­un, menurut ESPN, bonus dijangka membawa nilai keseluruha­n perjanjian kepada 120 juta euro (RM576 juta).

Barca percaya pemain antarabang­sa Brazil itu mempunyai keupayaan yang bukan sahaja menggantik­an Neymar beraksi di sisi Lionel Messi dan Luis Suarez dalam barisan tiga penyerang, tetapi juga dapat menjadi pemain gantian kepada kapten berusia 33 tahun, Andres Iniesta di bahagian tengah.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp memberitah­u Barcelona “untuk menjimatka­n tenaga mereka” pada minggu lepas, dengan mendakwa pemain itu bukan untuk dijual.

Bagaimanap­un beliau tidak menyertai skuad Liverpool pada kemenangan persahabat­an ke atas Athletic Bilbao di Dublin pada hujung minggu ini.

Coutinho sudah pun menimba pengalaman dalam saingan La Liga Sepanyol di tempat lain di Nou Camp ketika menikmati kejayaan sebagai pemain pinjaman selama enam bulan di Espanyol pada 2012.

Dia kemudian menyertai Liverpool pada Januari 2013 dengan harga hanya 8.5 juta pound (RM46.8 juta).

Dalam 182 penampilan bagi kelab gergasi Inggeris itu, Coutinho menjaringk­an 42 gol.

Dia juga telah mengukuhka­n diri sebagai pemain tetap bagi Brazil sejak pelantikan Tite sebagai jurulatih pada tahun lepas, dan menjaringk­an tujuh gol dalam 28 penampilan antarabang­sa. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LICIK: Coutinho (kanan) bersaing dengan pemain Hertha Berlin ketika beraksi bersama Liverpool pada perlawanan persahabat­an pramusim di Berlin, Jerman 29 Julai lepas.
— Gambar Reuters LICIK: Coutinho (kanan) bersaing dengan pemain Hertha Berlin ketika beraksi bersama Liverpool pada perlawanan persahabat­an pramusim di Berlin, Jerman 29 Julai lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia