Utusan Borneo (Sabah)

Safrey juara Terbuka Lelaki

Pertanding­an Labuan 3 Trails Larian Di Dalam Trail

-

LABUAN: Pelari dari Kota Kinabalu, Sabah, Safrey Sumping muncul juara kategori Terbuka Lelaki di Pertanding­an Labuan 3 Trails Larian Di Dalam Trail (Sukan Lasak) pada 6 Ogos.

Safrey, 34, mencatat 0:54:02 sementara seorang lagi peserta dari Kota Kinabalu, Samson Duasin, 25 tahun mencatat 0:55:04 untuk menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga pula diraih peserta tuan rumah, Wilayah Persekutua­n Labuan, Kamarul Iqhwan Asiran, 16 tahun dengan catatan 1:02:52.

Bagi kategori Terbuka Wanita, juara menjadi milik Rowena Mahmud, 40 tahun dari Brunei Darussalam yang mencatat 1:18:04.

Peserta dari Kota Kinabalu, Esther Judith, 29, menduduki tempat kedua dengan catatan 1:28:22.

Tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Tuaran, Sabah, Malissah Kusai, 30 tahun yang mencatat 1:29:32.

Dengan catatan 0:56:01 membolehka­n pelari dari Kota Kinabalu, Guianus Salagan, 50 tahun menjuarai kategori Veteran Lelaki.

Tempat kedua turut diraih pelari dari Kota Kinabalu, Dydimus Talaji, 42, dengan masa 1:02:21.

Mohd Zulkarnain Masuyuk Abdullah, 42, dari Putatan, Sabah menduduki tempat ketiga dengan masa 1:04:54.

Juara bagi kategori Veteran Wanita pula disandang Kona Liau, 45, dari Kota Kinabalu dengan catatan 1:14:17.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi peserta dari Brunei Darussalam, Airince Liam, 48 tahun dan Cecilia Maksimon, 46, yang masingmasi­ng mencatat 1:15:33 dan 1:17:56.

Labuan 3 Trails (L3T) merupakan acara larian yang membawa peserta melalui tiga ‘trails’, iaitu Merinding Trail, Bukit Minyak Gas Trail dan Kubong Trail sejauh 10 kilometer.

Peserta dilepaskan dari Padang Bola Majal di Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu dan memasuki trails yang pertama, iaitu Merinding dan meneruskan larian di trails yang kedua, iaitu Bukit Minyak Gas.

Peserta kemudianny­a memasuki trails yang terakhir, iaitu Bukit Kubong dan seterusnya berlari melalui pantai menuju ke garisan penamat di Palm Beach Resort & Spa, Batu Manikar.

Upacara pelepasan disempurna­kan oleh Pengerusi LabuanSoci­ety,AzharOthma­n bersama Pengurus Klinik Suria, Dr.Sulaiman Ibrahim pada pukul 6.30 pagi.

Seramai 590 peserta dari dalam dan luar negara menyertai perlumbaan Labuan 3 Trails 2017. Mereka termasuk dari Labuan seramai 317, Sabah (133), Brunei (108), Sarawak (28), German (1), New Zealand (1), United Kingdom (1) dan Australia (1).

Kategori Terbuka Lelaki disertai 255 peserta, Veteran Lelaki (98), Terbuka Wanita (172) dan Veteran Wanita (65).

Juara bagi setiap kategori menerima RM500, kedua RM300, ketiga RM200, keempat RM150, kelima RM100 dan keenam RM80.

Mereka turut menerima kupon percuma physiother­apy berharga RM110 yang ditaja oleh Biorehab Physiother­apy Labuan.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Pengarah Jabatan Pelanconga­n Perbadanan Labuan, Mahathir Abd Hamid, Azhar Othman, Pengurus Palm Beach Resort & Spa, Chai dan Pengurus Pusat Penerangan Pelanconga­n Labuan, Noor Hidayah Mohd Nor.

Penyelaras program Labuan 3 Trails, Jamil Kario bersama Pengarah Perlumbaan, Nor Hafiszuan Nosly mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program yang julung kalinya diadakan di Wilayah Persekutua­n Labuan itu.

“Terima kasih kami ucapkan kepada agensi kerajaan, swasta, penaja, AJK Penganjur dan peserta Labuan 3 Trails 2017,”kata Jamil penuh bangga.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Jason Ju Pakar Trail dan Fauzi Liasmat L3T Website programmer.

Beliau yakin menerusi acara itu, sukan pelanconga­n akan menjadi lebih popular sekaligus memberi ruang dan peluang kepada peserta yang menyukai sukan lasak beraksi pada masa akan datang.

“Labuan 3 Trails turut membantu merancakka­n ekonomi dan industri pelanconga­n tempatan dengan kehadiran peserta dari dalam dan luar negara,”katanya.

 ??  ?? KONA Liau, dari Kota Kinabalu juara kategori Veteran Wanita menerima hadiah daripada Pengurus Pusat Penerangan Pelanconga­n Labuan, Noor Hidayah Mohd Nor.
KONA Liau, dari Kota Kinabalu juara kategori Veteran Wanita menerima hadiah daripada Pengurus Pusat Penerangan Pelanconga­n Labuan, Noor Hidayah Mohd Nor.
 ??  ?? PELARI dari Kota Kinabalu, Guianus Salagan juara kategori Veteran Lelaki menerima hadiah daripada Pengurus Palm Beach Resort & Spa, Chai.
PELARI dari Kota Kinabalu, Guianus Salagan juara kategori Veteran Lelaki menerima hadiah daripada Pengurus Palm Beach Resort & Spa, Chai.
 ??  ?? SAFREY Sumping (kiri) menerima hadiah daripada Pengarah Jabatan Pelanconga­n Perbadanan Labuan, Mahathir Abd Hamid.
SAFREY Sumping (kiri) menerima hadiah daripada Pengarah Jabatan Pelanconga­n Perbadanan Labuan, Mahathir Abd Hamid.
 ??  ?? JUARA Terbuka Wanita, Rowena Mahmud menerima hadiah daripada Pengerusi Labuan Society, Azhar Othman.
JUARA Terbuka Wanita, Rowena Mahmud menerima hadiah daripada Pengerusi Labuan Society, Azhar Othman.
 ??  ?? PESERTA memulakan acara Labuan 3 Trails di Padang Bola Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu.
PESERTA memulakan acara Labuan 3 Trails di Padang Bola Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu.
 ??  ?? KEPUASAN terpancar pada wajah peserta yang mneyertai Labuan 3 Trails 2017.
KEPUASAN terpancar pada wajah peserta yang mneyertai Labuan 3 Trails 2017.
 ??  ?? AKSI juara Terbuka Lelaki Safrey Sumping.
AKSI juara Terbuka Lelaki Safrey Sumping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia