Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia sasar empat pingat gangsa di Kejohanan Universiad­e

-

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia yang akan membawa cabaran negara pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiad­e) 2017 di Taipei, Taiwan, dari 19 hingga 30 Ogos menyasarka­n hanya empat pingat gangsa.

Sandaran pingat itu diletakkan kepada empat atlet mahasiswa, yang juga atlet negara, iaitu Chan Lu Yi (wushu), Zulfadhli Zulkifli (badminton), Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah compound) dan Mohamad Ifran Shamsudin (lempar cakera).

Ketua Kontinjen negara ke temasya sukan berkenaan, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata penyertaan kali ini melibatkan 61 atlet dan jumlah itu adalah agak kecil kerana tarikhnya bertembung dengan penganjura­n Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Kita harus realistik kerana boleh dikatakan semua atlet elit negara akan terlibat dalam membantu Malaysia untuk muncul juara keseluruha­n dalam Sukan SEA Kuala Lumpur.

“Ini termasukla­h pelajar Universiti Putra Malaysia, Cheong Jun Hoong yang merupakan penerjun negara dan juara dunia dalam acara 10 meter platform wanita,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang dan lafaz ikrar kontinjen negara di sini Rabu.

Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Chin yang mewakili menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh.

Abdullah berkata, dua acara lain yang turut disertai pada kejohanan kali ke-29 ini ialah golf dan bola sepak.

Pencapaian kontinjen negara pada edisi sama di Gwangju, Korea Selatan 2015 adalah dua gangsa.

Sementara itu, Mary Yap yang membacakan teks ucapan Idris berkata seramai 264 atlet atau 30.2 peratus daripada jumlah 874 atlet yang mewakili negara di Sukan SEA Kuala Lumpur merupakan atlet daripada IPT.

“Peratusan ini menunjukka­n hasrat kementeria­n melalui Dasar Pembanguna­n Sukan IPT untuk melihat 30 peratus daripada atlet negara hadirnya dari IPT telah berada pada landasan yang betul.

“Kementeria­n berharap jumlah ini dapat ditingkatk­an untuk temasya sukan dunia yang disertai Malaysia pada masa akan datang,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia