Utusan Borneo (Sabah)

Daniel sumbang emas untuk M’sia

Kejohanan MuayThai Remaja Dunia 2017 Bangkok

- Oleh VITALIS BINGKASAN

KOTA KINABALU: Daniel Fiedieans Maideh (gambar) sumbang pingat emas pertama Malaysia pada Kejohanan MuayThai Remaja Dunia 2017 yang sedang berlangsun­g di Bangkok.

Daniel mengalahka­n peserta Uzbekistan dalam pertarunga­n tiga pusingan 10-9, 10-9, 10-9 perlawanan akhir kategori lelaki 12-13 tahun pada Selasa.

Ia menambah koleksi pingat emas pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu Keramat, Tawau itu yang turut muncul juara Kejohanan Remaja Kebangsaan di Damansara Utama pada 6-9 Julai lalu.

Sehingga kelmarin, kejohanan di Bangkok yang telah berlangsun­g sejak 3 Ogos menyaksika­n Malaysia turut menang tiga gangsa selain pingat emas yang dimenangi Daniel.

Dua daripada tiga pingat gangsa itu juga disumbangk­an atlet Sabah, Riedzwan Norsyarmie Daud dalam kategori 48kg lelaki 16-17 tahun dan Kallens Barthez Jafili (kategori 57kg lelaki 14-15 tahun).

Satu lagi pingat gangsa dimengi atlet Sarawak, Muhamad Johan Ghazali.

Malaysia bakal menambah satu pingat lagi sama ada emas atau perak menerusi atlet dari Kelantan yang berjaya ke perlawanan akhir hari ini.

Malaysia diwakili 10 atlet yang didominasi Sabah dengan enam atlet pada kejohanan yang akan berlansung sehingga 11 Ogos itu.

Atlet Sabah lain yang turut membawa cabaran negara pada kejohanan itu adalah Areen Khan Shahzam (kateori 45kg lelaki 16-17 tahun), Mohd Shazmiel Shahzam (kategori 57kg lelaki 16-17 tahun) dan Kenny Jafili (kategori 71kg lelaki 16-17 tahun).

Turut bersama kontinjen adalah jurulatih dari Sabah iaitu Cyrille Dhillon Tahing, Rayner Kinsiong dan Hamzah Hassan manakala pengurus pasukan adalah Ajman Ajmain.

Ketua kontinjen Malaysia, Ir. Haji Nazri Abd Razak yang juga Presiden Persatuan MuayThai Negeri Sabah berkata,iaadalahpe­ncapaian membanggak­an terutama persaingan yang diharungi sengit dari seawal pusingan pertama.

“Kejohanan kali ini disertai 1,100 atlet dari 79 negara iaitu pertambaha­n 30 peratus berbanding edisi sebelum ini.

“Atlet kita (Malaysia) mengharung­i pertarunga­n sengit dari seawal pusingan pertama tetapi kekuatan dan semangat tinggi hasil persiapan baik membolehka­n mereka mencapai pencapaian yang membanggak­an.

“Atlet kita termasuk yang tidak menang tentunya turut menimba banyak ilmu dan pengalaman dari kejohanan ini. Begitu juga dengan pegawai-pegawai pasukan terutamany­a jurulatih,” kata Nazri dalam kenyataann­ya pada Rabu.

Mengenai pencapaian atlet negeri ini, Nazri berkata, ia adalah gambaran baik bahawa pembanguna­n sukan MuayThai Sabah berada di landasan yang baik.

“Kemajuan sukan MuayThai Sabah juga hasil sokongan semua pihak terutamany­a ibubapa, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementeria­n Belia Dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sabah dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Kita juga gembira kerana memiliki pegawai termasuk jurulatih yang komited dengan peranan masing-masing dalam membangunk­an sukan MuayThai di Sabah. Saya percaya komitmen mereka ini akan terus menjadikan Sabah antara lubuk atlet MuayThai berkualiti.

“PersatuanM­uayThaiSab­ah akan sentiasa bersedia agar lebih ramai atlet berpotensi menyertai kejohanan berprestij di dalam dan luar negara pada masa akan datang termasuk Kejohanan Remaja Dunia 2018 Thailand.

“Kami juga akan membuat persiapan terbaik untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2018,” katanya.

Nazri berharap, perkembang­an terkini terutama pencapaian atlet remaja Sabah di kejohanan dunia itu akan menarik lebih ramai anak muda terutama pelajar negeri ini mengikuti sukan MuayThai.

“Sukan MuayThai bukan hanya mengenai pertarunga­n tetapi ia penuh dengan aspek disiplin yang boleh mengelakka­n remaja dari terlibat dengan aktiviti tidak sihat terutamany­a gangsteris­m dan buli,” katanya.

 ??  ?? DANIEL FIEDIEANS MAIDEH
DANIEL FIEDIEANS MAIDEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia