Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola berbelanja ‘besar’ dalam misi buru kejuaraan Liga Perdana

-

LONDON: Digegarkan oleh musim pertama yang menginsafk­an di England, Pep Guardiola telah membuat perancanga­nbaharudal­amusaha untuk membentuk Manchester City menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jangkaan begitu tinggi sekali ketika Guardiola tiba di Manchester setelah bertahunta­hun diburu oleh City, tetapi ia gagal untuk memberikan cabaran bagi kejuaraan dan pasukannya tidak meninggalk­an sebarang kesan dalam manamana pertanding­an piala.

Mereka kembali menyahut cabaran pada hujung minggu ini selepasmem­belanjakan­kira-kira 200 juta pound (RM1.1 bilion) untuk mendapatka­n pemain dan Guardiola percaya pasukan baharu yang mengujakan sedang terbentuk.

“Dengansega­lahormatke­pada pemain, pada musim lepas, kami adalah antara pasukan paling tua dalam EPL. Kami tidak membeli pemain pertahanan untuk lima, enam tahun,” kata Guardiola.

“Kami memutuskan pada musim lepas, kami dapat mengubah pasukan untuk memudakan lagi pasukan bagi tempoh empat atau lima tahun akan datang.

“Danilo berusia 26 tahun, (Benjamin) Mendy berusia 23 tahun, Bernardo (Silva) berusia 22 tahun, Ederson berusia 23 tahun, jadi kami membeli pemain yang dijangka stabil bagi tempoh tahun-tahun mendatang.”

Beberapa tanda memberangs­angkan kelihatan pada musim lepas – 10 kemenangan berturut-turut selepas pembukaan liga, satu kemenangan mengejutka­n ke atas Barcelona dalam Liga Juara-Juara – tetapi City tidak pernah mencapai prestasi yang konsisten.

Guardiola kelihatan tidak bersedia untuk kelasakan bola sepak Inggeris yang kejam, dan dipersenda­kan kerana menyatakan dia “bukan jurulatih untuk bentesan” setelah kekalahan 4-2 yang berat sebelah di Leicester City.

Kadang-kadang bola sepak City memukau dan jaringan mereka hanya diatasi juara Chelsea dan Tottenham Hotspur,tetapimenc­aritataraj­ah pertahanan yang berkesan sentiasa menyakitka­n kepala Guardiola.

John Stones kelihatan goyah ekoran perpindaha­n wang besarnya dari Everton dan rasa tidak puas hati Guardiola dengan pilihan pertahanan­nya menyaksika­n dua pemain tengah Fernandinh­o dan Jesus Navas diletakkan pada posisi pertahanan sayap.

Pemain tidak harus diletakkan pada posisi yang tidak biasa mereka isi pada musim ini setelah Guardiola menandatan­gani tiga pemain pertahanan tahap tinggi – Kyle Walker, Benjamin Mendy dan Danilo – dengan kos keseluruha­n sekitar 124 juta pound (RM682 juta).

Guardiolaj­ugaberhara­puntuk menyelesai­kan masalah penjaga gol, selepas dia menangani masalah yang dihadapi Claudio Bravo dengan membawa masuk penjaga gol Brazil Ederson dari Benfica dalam satu perjanjian bernilai 35 juta pound (RM192.5 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia