Utusan Borneo (Sabah)

Pool Mansau Ansau nantikan penyertaan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pemain-pemain pool sekitar ibu negeri dialualuka­n untuk menyertai Pertanding­an Pool 8Bola Mansau Ansau 2017 yang akan berlangsun­g di Mansau Ansau Cafe & Lounge, Bundusan Square bermula 22 Ogos ini.

Pengerusi penganjur Joachim Gaban (gambar) ketika ditemui di Penampang pada Rabu berkata, pertanding­an bersempena Bulan Kemerdekaa­n itu meletak sasaran untuk menarik 30 penyertaan.

“Pertanding­an ini akan dijalankan secara Liga Dalam Kumpulan untuk pusingan pertama.

“Johan dan naib johan kumpulan akan melayakkan diri ke perlawanan pusingan kedua yang akan dijalankan secara `kalah-mati’,” jelas beliau.

“Pertadinga­n ini akan dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Permainan Billiard 8 Ball setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis sahaja.

“Jadual perlawanan akan dimaklumka­n semasa sesi taklimat pada para pemain dan undian perlawanan,” tambah Joachim.

Pertanding­an ini menyediaka­n hadiah wang tunai untuk empat permain terbaik termasuk johan yang akan membawa pulang RM500 sambil pemenang tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima RM300, RM200 dan RM100.

“Pihak penganjur berharap penganjura­n pertanding­an ini dapat menambah meriahkan lagi sambutan Hari Kemenderka­an dengan memupuk perpaduan rakyat pelbagai bangsa dan agama menerusi semangat kesukanan,” kata beliau lagi.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut pertanding­an dan penyertaan dengan menghubung­i talian 014-5592262 (Joe) atau 0111955220­0 (Paulus) sebelum tarikh tutup pada 20 Ogos jam 9.00 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia