Utusan Borneo (Sabah)

Isco lengkapkan musim cemerlang Real, julang Piala Super UEFA

-

SKOPJE: Jaringan cantik dari Iso ternyata menjadi perbezaan apabila Real Madrid berjaya menangkis asakan Manchester United untuk menang 2-1 dan menjulang Piala Super UEFA di ibu kota Macedonia, Skopje, kelmarin.

Casemiro meletakkan juara Eropah itu di hadapan pada minit ke-24 pada malam musim panas yang hangat di rantau Balkan dan Isco menggandak­an kelebihan mereka tujuh minit selepas babak kedua bermula setelah satu gerakan satu-dua dengan Gareth Bale.

Jurang kelas antara Madrid – di mana Cristiano Ronaldo tampil sebagai pemain gantian pada hujung perlawanan – dengan juara Liga Europa United yang dibimbing Jose Mourinho memang ketara dan ia pasukan kelab Sepanyol itu kelihatan seperti akan menang dengan margin yang lebih luas.

Namun Romelu Lukaku menyamakan kedudukan selepas sejam, untuk menandakan penampilan sulungnya dalam perlawanan kompetitif bagi United dengan satu jaringan dan mencetuska­n peningkata­n yang besar daripada kelab Liga Perdana Inggeris itu pada peringkat akhir perlawanan.

Namun ia sia-sia, dan pasukan Zinedine Zidane memenangi piala ini buat tahun kedua berturut-turut dan kali keempat pada keseluruha­nnya. Ia adalah kali kelapan dalam tempoh sembilan tahun di mana sebuah kelab dari Sepanyol telah memenangi Piala Super.

“Segalanya kerana usaha gigih. Kami tahu ramai pemain yang berbakat dalam pasukan ini dan keinginan juga begitu tinggi, mereka sentiasa mahukan lebih,” kata Zidane setelah menjulang satu lagi piala.

“Perlawanan pada hari ini hampir sempurna, dan babak pertama menakjubka­n.”

Sementara Ronaldo memulakan perlawanan sebagai pemain simpanan bagi Madrid selepas memulakan latihan pramusim hanya pada hujung minggu lepas, Bale telah dimasukkan ke dalam barisan kesebelasa­n utama.

Mourinho, pengurus United, menggempar­kan keadaan Isnin lepas apabila dia

mendakwa dia akan cuba membawa pemain Wales itu ke Old Trafford jika dia tidak memulakan perlawanan di Arena Philip II.

Walaupun Lukaku, yang bernilai 75 juta pound (RM412.5 juta), bermain di hadapan, dengan Paul Pogba di belakang, United sering memberi gambaran bahawa mereka memerlukan sedikit inspirasi tambahan dalam kawasan hadapan.

Setelah tidak bermain bagi kebanyakan waktu pada musim lepas akibat kecederaan, Bale kini sudah cergas semula, tetapi Casemiro pula yang muncul sebagai ancaman utama yang tidak dijangkaka­n di hadapan bagi Real pada babak pertama.

Pemain tengah Brazil itu hampir membuka jaringan pada minit ke-16 apabila dia berlari ke hadapan Matteo Darmian untuk menanduk masuk bola tendangan sudut Toni Kroos dari jarak enam ela tetapi terkena palang gol.

Jaringan diperolehi selepas pertengaha­n babak pertama apabila Dani Carvajal diberi masa untuk menendang bola tinggi ke atas Victor Lindelof – seorang lagi pemain yang tampil buat julung kalinya untuk United – kepada Casemiro yang melakukan rembatan voley melepasi David de Gea.

De Gea, yang menjadi sasaran perpindaha­n Madrid, kemudian perlu campur tangan untuk menyelamat­kan rembatan Karim Benzema yang menyusuli satu larian pantas ke dalam kawasan penalti oleh Luka Modric, ketika pasukan Zidane dibataskan kepada kelebihan satu gol pada waktu rehat.

Mourinho memasukkan Marcus Rashford untuk menggantik­an Jesse Lingard pada permulaan babak kedua, namun peluang asyik muncul di gawang pasukan lawan.

De Gea bertindak tangkas menangkis rembatan kencang Kroos namun tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang Isco menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-52.

Dikeliling­i jersi merah di luar kawasan penalti, Isco meloloskan diri dari perhatian mereka dengan bermain satudua dengan Bale sebelum dengan tenang menyumbat bola melepasi De Gea.

Cubaan Bale kemudian terkena palang gol, dan semua ini berlaku tanpa Ronaldo, yang angkat dari tempat duduk untuk memanaskan badan, sekali gus mencetuska­n sorakan histeria daripada sejumlah besar penonton tempatan yang bersimpati dengan kelab Sepanyol itu.

United berdepan dengan cabaran yang getir dan tidak dibantu apabila Lukaku melakukan rembatan tinggi setelah Keylor Navas menolak tandukan Pogba ke laluannya.

Lukaku tidak membuat kesilapan yang sama dua kali, dan menyumbat bola yang melantun balik apabila rembatan Nemanja Matic tidak ditangani dengan meyakinkan oleh Navas, tetapi penjaga gol itu menebus diri apabila dia menyelamat­kan gawang pada hujung perlawanan untuk menafikan Rashford. Dan Real, dengan Ronaldo pada peringkat akhir perlawanan, bertahan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI CEMERLANG: Isco (kiri) berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan United, Antonio Valencia pada perlawanan Piala Super di Skopje, Macedonia Selasa lepas.
— Gambar Reuters AKSI CEMERLANG: Isco (kiri) berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan United, Antonio Valencia pada perlawanan Piala Super di Skopje, Macedonia Selasa lepas.
 ??  ?? KETUA Kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin (kiri) memberi motivasi kepada para atlet bola jaring ketika meninjau sesi latihan pasukan Bola Jaring Negara menjelang Sukan SEA 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Rabu.
KETUA Kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin (kiri) memberi motivasi kepada para atlet bola jaring ketika meninjau sesi latihan pasukan Bola Jaring Negara menjelang Sukan SEA 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia