Utusan Borneo (Sabah)

TUJUH GUNI TELUR PENYU DIRAMPAS

Keseluruha­nnya mengandung­i 3,300 biji bernilai RM6,600

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas tujuh guni plastik berisi 3,300 biji telur penyu bernilai RM6,600 disyaki cuba diseludup masuk ke Sandakan dari negara jiran awal pagi Rabu.

Rampasan dilakukan pasukan Botronda PSC 13 selepas mengesan dua bot pam bergerak perlahan dari arah laut cuba memasuki Sungai Batu Putih, kira-kira jam 4.30 pagi. Komander Polis Marin.

Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Yazib Abd Aziz, berkata ketika bot pam berkenaan dihampiri, kedua-dua juragan bertindak memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan.

“Ketika dikejar, dua bot pam terbabit hilang kawalan, lalu merempuh hutan bakau di kawasan itu dan juragan bertindak terjun dan melarikan diri,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, bot pam berjaya ditahan dan hasil pemeriksaa­n menemukan tujuh karung guni plastik berisi telur penyu disyaki cuba diseludup.

Yazib berkata dua perahu, dua unit enjin pam 13hp dan 3,300 biji telur penyu yang kesemuanya bernilai RM11,100 telah dirampas.

Kesemua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutny­a di Jabatan Hidupan Liar Sabah Cawangan Sandakan. Kes disiasat mengikut Enakman Pemulihara­an Hidupan Liar 1997.

Sementara dalam kes berasingan jam 4 pagi hari sama, PPM Sandakan merampas 20 kotak berisi tepung gandum jenama Blue Key disyaki cuba diseleweng bagi tujuan penyeludup­an ke negara jiran Filipina.

Yazib berkata pasukan rondaan yang membuat pemantauan di kawasan Laut Pulau Berhala Sandakan mengesan sebuah bot mencurigak­an bergerak perlahan dari kawasan Laut Kampung Forest Sandakan menuju ke laut lepas.

“Apabila dihampiri, juragan bot memecut laju dan enggan berhenti. Ketika dikejar, bot itu hilang kawalan, lalu terkandas di kawasan cetek Pulau Berhala, dan juragan bertindak terjun ke pantai melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata bot laju berkenaan kemudian ditahan dan hasil pemeriksaa­n menemukan 20 kotak berisi tepung gandum yang cuba diseludup.

Katanya sebuah perahu, seunit enjin sangkut 40hp dan 200 bungkusan tepung gandum jenama Blue Key dalam 20 kotak berkenaan, yang kesemuanya bernilai RM22,500 dirampas.

Kesemua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dirujuk ke Jabatan KPDNKK Cawangan Sandakan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BOT pam yang membawa muatan 20 kotak tepung gandum. Manakala gambar kanan, menunjukka­n tujuh guni telur penyu yang dirampas.
BOT pam yang membawa muatan 20 kotak tepung gandum. Manakala gambar kanan, menunjukka­n tujuh guni telur penyu yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia