Utusan Borneo (Sabah)

52 projek Mesej giat dijalankan

-

kini melaksanak­an sebanyak 52 projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) di seluruh negeri.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Maleh berkata, projek berkenaan membabitka­n Mesej Pertanian Getah dan Sawit, Mesej Akuakultur, Mesej Bersepadu dan Mesej Mikro.

Menurutnya, sebanyak tujuh Mesej Pertanian Sawit yang mendatangk­an hasil termasukla­h Mesej Bunang 1 dan 2 Keningau, Kampung Sungai Laba Pulau Sebatik Tawau, Kg Balat Kinabatang­an, Kg Labang Sepulot 1 dan 2 Nabawan serta Kg Sapang Kunak.

Beliau berkata, projek Mesej Getah yang berhasil termasukla­h Kg Kinosolodo­n Papar, Kg Barambango­n Kudat, Kg Lanung Tongod dan Kg Montenior Beaufort.

Katanya, bagi Mesej Akuakultur, kini projek akuakultur balat di Kg Bahanan Pulau Jambongan Paitan turut menunjukka­n hasil.

“Keseluruha­nnya, kesemua projek Mesej ini apabila siap sepenuhnya akan berupaya melibatkan lebih 2,500 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT).

“Dua Mesej Pertanian Sawit yang beroperasi sepenuhnya di Sungai Laba dan Kg Bunang 1 melibatkan seramai 33 KIRMT untuk setiap projek.

“Setiap KIRMT kini menikmati faedah dari pengeluara­n hasil ladang sawit sejak 2010 dan menerima dividen sebanyak RM300 sebulan,” jelasnya.

Radin berkata demikian ketika menjawab soalan Limus Jury (BN-Kuala Penyu) berhubung kejayaan projek Mesej yang dilihat membantu rakyat keluar dari belenggu kemiskinan.

Menurutnya, kerajaan menerusi kementeria­nnya sentiasa menambahba­ik sosio ekonomi, infrastruk­tur asas fizikal dan modal insan khususnya dalam projek Mesej.

Usaha itu jelasnya, bagi memastikan kesinambun­gan pembanguna­n seiring dengan program Transforma­si Luar Bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia