Utusan Borneo (Sabah)

Empat daripada 12 PBT di Selangor tandatanga­ni IBR

-

SHAH ALAM: Sebanyak empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor telah menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini, kata Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah.

Beliau berkata PBT berkenaan ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandara­n Klang, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandara­n Selayang.

“Baki lapan lagi PBT diharap dapat melakukan ikrar berkenaan sebelum hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis IBR Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, di sini pada Rabu.

Pada majlis itu, kira-kira 50 kakitangan JAS Selangor diketuai Pengarahny­a Siti Zaleha Ibrahim melaksanak­an IBR dengan disaksikan oleh Wan Ramli.

Wan Ramli berkata SPRM Selangor berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukka­n oleh agensi-agensi kerajaan di bawah kerajaan negeri Selangor dalam melaksanak­an IBR setakat ini.

“Agensi kerajaan negeri Selangor merupakan antara bilangan tertinggi yang menandatan­gani IBR berbanding dengan negerinege­ri lain,” katanya.

IBR merupakan inisiatif baharu SPRM yang menggalakk­an kepimpinan organisasi atau individu dengan secara sukarela menandatan­gani aku janji dan ikrar integriti yang diharapkan dapat menjauhkan semua pihak berkenaan daripada perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

SPRM juga berharap IBR menjadi bukti bahawa organisasi itu telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mencegah rasuah. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia