Utusan Borneo (Sabah)

Isu keselamata­n antara fokus perbincang­an TPM, Tillerson

-

KUALA LUMPUR: Isu keselamata­n termasuk berkaitan jenayah pemerdagan­gan orang, kerjasama dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) adalah antara fokus yang dibincangk­an dalam pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson pada Rabu.

Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan selama 40 minit itu beliau berbincang dengan Tillerson dan bertukar pandangan mengenai perkembang­an keselamata­n dan juga isu-isu serantau dan antarabang­sa berkepenti­ngan.

“Interaksi di antara pemimpin-pemimpin keduadua negara diharapkan dapat memperkuku­hkan kerasama dua hala serta menjadi pemangkin untuk Malaysia dan Amerika meningkatk­an hubungan dan persefaham­an bersama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n sempena pertemuan itu di bangunan Parlimen.

Tillerson, yang melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula Selasa, merupakan pegawai tinggi pertama Amerika Syarikat yang mengunjung­i Malaysia di bawah pentadbira­n Presiden Donald Trump. Ia juga merupakan kunjungan pertama beliau ke Malaysia sejak dilantik ke jawatannya pada 1 Feb lalu.

Dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan termasuk pe m e r dagangan orang, Ahmad Zahid berkata Malaysia perlu menjalin kerjasama dengan negara-negara rakan strategik termasuk AS.

Katanya inisiatif negara mengenai isu itu telah diiktiraf Jabatan Negara AS (JNAS) dalam Laporan Tahunan 2017 yang telah meletakkan Malaysia di Tahap Dua.

Ahmad Zahid berkata Malaysia telah mencapai Tahap Dua berbanding dengan Tahap Dua (Pemerhatia­n) pada tahun 2016 kerana telah menunjukka­n peningkata­n yang drastik dari aspek sabitan bagi jenayah ini (100 sabitan tahun 2017) termasuk peningkata­n dari aspek penguatkua­saan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia