Utusan Borneo (Sabah)

Program restorasi karang

Pulau Rusukan Besar terpilih sebagai satu daripada enam lokasi

- Malaysia Book of Records. - JABATAN PENERANGAN LABUAN

T

AMAN Laut (TL) Pulau Rusukan Besar, Wilayah Persekutua­n Labuan terpilih sebagai salah satu lokasi daripada enam Pusat Taman Laut (PTL) bagi Program Pengiktira­fan Restorasi Karang Dalam Malaysia Book of Records yang dijalankan serentak oleh keenam-enam PTL pada Isnin.

Pengarah Jabatan Taman Laut Labuan Anuar Deraman berkata, program itu adalah konservasi Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di bawah Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menjana semula kawasan yang mengalami kerosakan kepada keadaan yang hampir semulajadi­nya.

“Sempena sambutan 10 tahun JTLM dan sambutan Hari Laut Sedunia 2017, Ketua Pengarah Dato’ Dr Sukarno Wagiman mencadangk­an agar Program Restorasi Karang ‘Largest Simultaneo­us Coral Planting Event’ bagi mencatat sejarah dalam The Malaysia Book of Records dapat direalisas­ikan pada hari ini,” katanya ketika ditemui di TL Labuan, Pulau Rusukan Besar, Labuan.

“TL Wilayah Persekutua­n Labuan amat bertuah kerana terpilih bersamasam­a lima PTL yang lain iaitu PTL Redang; PTL Perhentian di Terengganu; PTL Tioman di Pahang; PTL Tinggi di Johor; serta PTL Payar di Kedah bagi program itu iaitu melibatkan penanaman Nubbin (benih batu karang) sebanyak 7200 nubbin bagi kesemua PTL yang terlibat. “Di TL Labuan ini, seramai 19 penyelam dasar laut terlibat dalam menanam atau melekatkan 600 nubbin ini di 10 struktur kerangka PVC atau ‘frame’ yang disediakan bagi langkah pemulihara­an ekosistem terumbu karang di perairan TL Labuan ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad berkata, program itu adalah platform terbaik bagi memupuk kesedaran khususnya kepada golongan belia di pulau ini agar dapat menghargai serta memelihara ekosistem terumbu karang itu yang semakin terganggu.

Beliau yang merasmikan program itu turut berharap perhatian sewajarnya kepada perlindung­an alam sekitar dan ekologi perlu diberikan dalam jangka panjang bagi memastikan pembanguna­n negara dapat dikekalkan secara berterusan.

“Selaras dengan Teras Strategik Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) iaitu Pengurusan Sumber Air, Geologi dan Tanah yang Lestari, Pengurusan Alam Sekitar, Biodiversi­ti dan Hutan yang Lestari, dan Pengurusan Tadbir Urus Organisasi yang Cekap, JTLM mengorak langkah untuk memainkan peranan utama selaku agensi yang bertanggun­gjawab dalam pemulihara­an biodiversi­ti marin,” katanya.

“Kita lihat kesedaran bagi memelihara ekosistem terumbu karang ini masih kurang di kalangan masyarakat kita, justeru melalui usaha dan program ini dapatlah mendidik serta memberikan maklumat kepada warga Labuan agar pentingnya menjaga kebersihan pantai daripada sampah sarap yang merupakan salah satu faktor menganggu keselamata­n terumbu karang ini,” kata wakil The Malaysia Book of Records Juniaddi Ag Tuah. “Saya berharap agar JTLM dapat mengadakan lebih banyak lagi program kesedaran serta ceramah mengenai penjagaan ekosistem terumbu karang ini kepada masyarakat,” katanya yang juga pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan.

Pada akhir Program Pengiktira­fan Restorasi Karang itu, sejumlah 8,300 nubbin berjaya dicatatkan ditanam di kesemua keenam-enam PTL yang terlibat yang mana ia melebihi sasaran asal iaitu 7,200 nubbin bagi dicatatkan di dalam

 ??  ?? ANUAR
ANUAR
 ??  ?? WAKIL The Malaysia Book of Records Juniaddi Ag Tuah ketika ditemurama­h stesen televisyen tempatan.
WAKIL The Malaysia Book of Records Juniaddi Ag Tuah ketika ditemurama­h stesen televisyen tempatan.
 ??  ?? AZHAR (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain.
AZHAR (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain.
 ??  ?? STRUKTUR kerangka PVC bagi penanaman nubbin.
STRUKTUR kerangka PVC bagi penanaman nubbin.
 ??  ?? SALAH seorang penyelam menanam nubbin.
SALAH seorang penyelam menanam nubbin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia