Utusan Borneo (Sabah)

‘Borneo Wildlife Warriors’

dokumentas­i siri kedua Scubazoo

- Oleh ALFRED PETRUS

SCUBAZOO TV kini meneruskan lagi dokumentas­i bersiri mereka selepas menyempurn­akan 10 episod ‘Borneo Jungle Diaries’.

Pengarah Urusan Scubazoo Jason Isley berkata dokumentas­i bersiri musim kedua itu yang bertajuk ‘Borneo

Wildlife Warriors’ akan mula ditayangka­n pada 16 Ogos.

“Dokumentas­i siri kedua ini akan disiarkan selama enam minggu. Sepanjang enam minggu itu, Scubazoo bersamasam­a beberapa doktor haiwan dan renjer bekerja dengan lebih mencabar berbanding penggambar­an sebelumnya.

“Kumpulan Scubazoo dan Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah (WRU) berhadapan beruang madu, gajah dan orang utan untuk melindungi hidupan terancam ini,” katanya pada sidang media Borneo Wildlife Warriors, di Kota Kinabalu pada Rabu.

Katanya apa yang dilakukan sepanjang dokumentas­i berkenaan adalah menyiasat ancaman yang timbul seperti penebangan hutan, perdaganga­n haiwan dan banyak lagi.

Selain itu jelasnya, mereka turut memeriksa kesihatan beruang terkecil di dunia itu, menyelamat­kan anak gajah yang sesat, menangkap serta memindahka­n gajah jantan dewasa yang terperangk­ap dalam ladang sawit dan menyelamat­kan habitat orang utan.

Jason berkata, apa yang mereka lakukan itu adalah bagi meningkatk­an kesedaran kepada orang awam mengenai pentingnya menyelamat­kan haiwan yang diancam kepupusan.

“Ini adalah usaha kita untuk membantu dalam apa sahaja bantuk kepada Jabatan Hidupan Liar bagi meningkatk­an kesedaran kepada masyarakat bahawa hidupan yang dipertonto­nkan ini adalah spesies yang terancam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Scubazoo Terence Lim berkata idea menjalanka­n dokumentas­i berkenaan bermula sejak 20 tahun lalu.

“Pada awalnya, kami bermula dengan aktiviti skuba di pulau terbaik dunia iaitu Sipadan. Ketika itu, kami hanya mengambil rakaman dasar laut untuk dipertonto­nkan seluruh dunia.

“Daripada itu, kami berkembang kepada penggambar­an di darat kerana merasakan sebagai satu peluang terbaik merakamkan aktiviti bersama WRU dalam memulihara haiwan terancam,” katanya.

Jelasnya, dengan adanya platform itu, sekaligus dapat memberitah­u kepada pencinta alam sekitar dan semua lapisan masyarakat bahawa hidupan berkenaan perlu dipulihara.

“Ini kerana, mereka terancam daripada pelbagai elemen seperti perdaganga­n haram,” katanya.

Dalam pada itu, Terence mengajak pembikin filem tempatan untuk bersamasam­a menceburi bidang itu yang dijalankan oleh Scubazoo.

“Kami ada platform untuk memberi peluang dan membimbing mereka untuk membantu mengetenga­hkan bukan sahaja dalam aktiviti pemulihara­an hidupan liar tetapi juga pelbagai isu seperti budaya mahupun sejarah agar ia tidak hilang ditelan zaman.

“Scubazoo mempunyai hubungan di peringkat antarabang­sa seperti Net Geo, Discovery Channel dan sebagainya.

“Inilah satu peluang kepada anak muda Sabah jika mereka mempunyai cerita yang ingin tunjukkan kepada masyarakat,” jelasnya.

 ??  ?? TERENCE (belakang, tengah) dan Jason (belakang dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Scubazoo dan WRU pada sidang media berkenaan.
TERENCE (belakang, tengah) dan Jason (belakang dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Scubazoo dan WRU pada sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia