Utusan Borneo (Sabah)

Pameran PSS SMK Pantai pupuk budaya membaca

-

LABUAN: Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Pantai IB World School telah mengadakan Pameran Pembelajar­an di sekolah berkenaan.

Ia memberi peluang kepada pelajar SMK Pantai IB World School memahami dan menghayati perayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Antara objektif program ialah memperkena­lkan sikap membaca dan mencari maklumat, memupuk pembelajar­an sepanjang hayat, mewujudkan suasana pembelajar­an di luar kelas, menanamkan sikap bekerjasam­a dan bertanggun­gjawab dalam diri pelajar, mewujudkan sebuah pusat sumber sekolah yang selari dengan status IB World School dan mewujudkan suasana pembelajar­an yang lebih hidup melalui pameran bertema.

PSS adalah sebuah tempat yang menyediaka­n kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajar­an.

Sejajar dengan itu, PSS SMK PIBWS mengadakan aktiviti literasi maklumat melalui program pameran bertema untuk memupuk semangat literasi maklumat bukan sahaja melalui pembacaan melalui buku semata-mata.

Pengawas PSS bertindak sebagai pemangkin kepada penyediaan bahan literasi maklumat dan juga persiapan pameran bertema.

Iasekaligu­sdapatmemu­puk sikap berdaya saing, semangat berpasukan dan pembelajar­an sepanjang hayat.

Majlis perasmian disempurna­kanolehPen­getua SMK Pantai IB World School Sahar Misron.

Beliau inginkan warga SMK Pantai yang celik maklumat dan dapat menghayati budaya perayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Pada pameran susulan disarankan dikembangk­an kepada perayaan pelbagai kaum di seluruh dunia.

 ??  ?? SAHAR (tengah) bersama pengawas PSS SMK Pantai.
SAHAR (tengah) bersama pengawas PSS SMK Pantai.
 ??  ?? PELAJAR SMK Pantai meluangkan masa membaca bahan bacaan berkualiti di PSS.
PELAJAR SMK Pantai meluangkan masa membaca bahan bacaan berkualiti di PSS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia