Utusan Borneo (Sabah)

Ogos dan September adakan Pesta Durian

- Oleh JAINUDIN NASIR LONGGOKAN durian di Ranau.

RANAU: Ramai pekebun durian di Ranau yang kini sudah mula memasarkan buah durian mereka di pasar terbuka dan geraigerai buah sekitar Pekan Ranau mencadangk­an agar tarikh Pesta Durian peringkat daerah tahun ini dirancang lebih awal.

Mereka mencadangk­an bulan Ogos atau September sesuai untuk mengadakan Pesta Durian memandangk­an bekalan buah durian kini mencukupi dan dijangka akan berkuranga­n pada Oktober.

Para penjual durian yang ditemui memberitah­u sepanjang Ogos hingga September ini, bekalan buah durian bertambah dan mencukupi untuk mengadakan pesta berkenaan.

Ia bagi memberi peluang kepada para pekebun dari DUN Paginatan, Kundasang dan Karanaan memasarkan buah durian mereka.

“Saya mencadangk­an Pesta Durian diadakan akhir bulan Ogos atau September sebelum bekalan para pekebun berkuranga­n,” kata Pengerusi Penjaja Buah Durian Pekan Ranau, Abin Mail.

Menurutnya antara jenis atau klon durian yang ada buat masa ini ialah D.24 Super, Mas Pahang, D.2, D.10, Durian Susu, Durian Pisang, Dalit, Sukang, Susu Kuning, Musang King, Apakia, Udang Merah, D.99 dan banyak lagi.

Tinjauan ke Pasar Terbuka dan Gerai Pondok Tiga Pekan Ranau mendapati selain durian, turut dijual ialah manggis, cempedak, mangga, jagung, pisang, nanas, mangga dan sebagainya.

Buah durian biasa dijual pada harga RM10-RM55 sekilogram manakala jenis durian yang dijual pada harga agak tinggi ialah Apakia dan Musang King yang mencecah RM60 sekilogram.

Abin memberitah­u, bekalan yang mereka jual adalah daripada pekebun di sekitar Ranau.

“Sekarang sudah musim buah durian di daerah ini. Ramai pemborong dari beberapa daerah di Sabah datang memajak buah durian untuk dijual di tempat lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia