Utusan Borneo (Sabah)

Berang dengan Trump, Korea Utara ancam Guam

-

HAGATNA:GabenorGua­m Eddie Calvo meremehkan ugutan Korea Utara untuk menyerang negara pulau Pasifiknya namun menyatakan wilayah Amerika Syarikat (AS) itu bersedia bagi sebarang kemungkina­n dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen pada Selasa ketika ketegangan meningkat di wilayah itu.

Presiden AS Donald Trump mengugut Korea Utara dengan ‘serangan dan kemarahan’ bagi impian nuklearnya pada Isnin.

Pyongyang menambahka­n ketegangan hanya beberapa jam kemudian, menyatakan ia sedang mempertimb­ang serangan misil berhampira­n beberapa bangunan tentera strategik AS di Guam.

Jerman pada Selasa menggesa Korea Utara dan AS untuk bertenang selepas ancaman memuncak daripada Washington dan Pyongyang dalam perang mulut mereka.

“Kami melihat peningkata­n retorik berkaitan Semenanjun­g Korea dengan penuh kebimbanga­n.

“Disebabkan itulah kami menyeru semua pihak untuk bertenang,” kata jurucakap kementeria­n luar Martin Schaefer kepada wartawan di Berlin.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, Calvo menyatakan Guam bekerjasam­a dengan Washington bagi memastikan keselamata­n.

“Saya ingin memberikan jaminan kepada rakyat Guam bahawa baru-baru ini tiada ugutan terhadap pulau kami atau Mariana,” jelas beliau.

“Saya berbincang dengan Komander Wilayah Bersama Mariana Laksamana Kanan Shoshana Chatfield yang mengesahka­n perkara ini dengan saya.”

Guam, kediaman kira-kira 6,000 anggota tentera AS, terletak strategik di tengah laluan Semenanjun­g Korea dan Laut China Selatan serta menempatka­n dua bangunan ketenteraa­n AS iaitu Pangkalan Tentera Udara Andersen dan Pangkalan Tentera Laut Guam.

Calvo menyatakan terdapat beberapa peringkat pertahanan strategik untuk melindungi Guam dan Rumah Putih menjamin serangan ke atas wilayah itu akan dianggap sebagai serangan terhadap AS.

“Mereka menyatakan bahawa AS akan dipertahan­kan. Saya juga ingin memperinga­tkan media negara bahawa Guam kawasan Amerika dan kami memiliki 200,000 rakyat Amerika di Guam dan Mariana. Kami bukan sekadar kawasan ketenteraa­n.

“Dengan kenyataan itu, saya ingin untuk memastikan bahawa kami telah bersedia bagi sebarang kemungkina­n.”

Di jalanan ibu negara Guam, Hagatna, keadaan juga tenang.

“Kami juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana pulau ini kecil sahaja dan tiada tempat lain untuk melarikan diri,” kata salah seorang penduduk, James Cruz.

Madeleine Bordallo, wakil Guam untuk Kongres, menyatakan kemampuan nuklear Korea Utara amat membimbang­kan, namun beliau yakin pulau tersebut selamat dan dilindungi.

Jumlah penduduk tempatan di Guam cuma 162,000. — AFP

 ??  ?? SEORANG askar Korea Selatan melintasi skrin TV menunjukka­n grafik jarak di antara Korea Utara dan Guam di sebuah stesen kereta api di Seoul.
SEORANG askar Korea Selatan melintasi skrin TV menunjukka­n grafik jarak di antara Korea Utara dan Guam di sebuah stesen kereta api di Seoul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia