Utusan Borneo (Sabah)

Gajah pembunuh diburu

-

NEW DELHI: Seekor gajah yang membunuh 15 orang di timur India dalam tempoh beberapa bulan mungkin ditembak tidak lama lagi sekiranya tidak dapat dikawal, menurut seorang pegawai pada Selasa.

Pegawai hidupan liar dan pemburu berkumpul di Jharkhand selepas seorang lagi mangsa mati dipijak petang kelmarin, menurut ketua pegawai pemulihara­an hutan dan hidupan liar negeri L.R. Singh.

Gajah ganas itu memijak empat mangsa di negeri Bihar pada Mac sebelum merentas masuk ke negeri jiran Jharkhand dan membunuh 11 lagi.

“Penduduk kampung dihantui ketakutan, khususnya puak Paharia yang tinggal di wilayah hulu bukit di mana gajah berkeliara­n.

“Sesuatu mesti dilakukan,” kata Singh merujuk kepada salah satu puak peribumi termiskin di timur India.

“Kami mempunyai sepasukan pakar dan pemburu, dan sedang mencari jalan penyelesai­an terbaik.

“Salah satunya adalah menembak mati haiwan terbabit tetapi itu adalah langkah terakhir yang dipertimba­ng,” katanya.

Gajah terbabit mungkin berkeliara­n hingga tersesat dari kawanannya lalu menceroboh kampung di mana pembunuhan berlaku.

Gajah membunuh purata 60 orang setiap tahun di kawasan hutan Jharkhand, berbanding 1,100 yang dianggarka­n mati di seluruh negara akibat diserang gajah atau harimau dalam tempoh tiga tahun sehingga Mei, kata Singh.

Kementeria­n alam sekitar menganggar­kan seorang mati setiap hari di India dalam pertembung­an dengan haiwan hutan yang diancam kepupusan ini, majoritiny­a mati dipijak gajah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia