Utusan Borneo (Sabah)

Hina monarki Thailand, lelaki kena 18 tahun

-

Seorang lelaki dipenjarak­an 18 tahun semalam kerana menghantar enam klip video dilihat menghina monarki, menurut peguamnya.

Penggunaan undang-undang ‘lese majeste’ di negara itu meningkat di bawah junta diraja yang merampas kuasa pada 2014, dengan lebih 100 telah didakwa, menurut kumpulan pengawasan perundanga­n iLaw.

Tara, 61, ditangkap pada 2015 kerana berkongsi bahan dalam talian dikatakan menghina keluarga diraja.

Dia didakwa memfitnah diraja dan jenayah komputer.

Mahkamah tentera Bangkok menjatuhka­n hukuman terhadap Tara penjara 18 tahun kerana melanggar Artikel 112 undang-undang jenayah Thailand, yang menyatakan sesiapa yang memfitnah, menghina atau mengugut raja, ratu, pewaris atau keluarga diraja akan dihukum penjara sekurang-kurangnya 15 tahun.

“Dia menerima tuduhan terhadapny­a dan telah berada dalam tahanan sejak 2015, maka mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun, tolak dua tahun,” kata Yaowalak Anuphan, ketua Thai Lawyers for Human Rights Centre dan peguam Tara.

Tara tidak boleh merayu bagi hukumannya, kata beliau, kerana dia telah ditangkap ketika Thailand berada di bawah undang-undang tentera.

Minggu lepas Pravit Rojanaphru­k, wartawan Thai yang memenangi anugerah, dituduh atas hasutan melalui komen dalam talian yang mengkritik junta.

Pravit didakwa polis kelmarin kerana memaparkan komen dalam Facebookny­a yang mengkritik junta dan respons perlahan junta terhadap bencana banjir di negara itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia