Utusan Borneo (Sabah)

Penggal kedua dalam genggaman Kenyatta

Lebih 50 peratus pengundi memilihnya semula sebagai presiden Kenya, Odinga bantah

-

NAIROBI: Presiden Kenya Uhuru Kenyatta mengekalka­n kedudukan kukuhnya mendahului dalam kiraan undi pilihan raya presiden semalam dengan 85 peratus pusat pengundian melaporkan, menurut suruhanjay­a pilihan raya.

Laman sesawangny­a menunjukka­n Kenyatta dengan undian 54.8 peratus berbanding 44.3 peratus bagi ketua pembangkan­g Raila Odinga, di mana perbezaann­ya hampir 1.4 juta undian.

Odinga menolak keputusan awal yang menunjukka­n beliau kalah kepada seteru tegar dan pemimpin semasa Kenyatta, menimbulka­n kebimbanga­n para penyokongn­ya yang tidak berpuas hati akan berarak di jalanan

Kenyatta, 55, ahli perniagaan yang ingin mendapatka­n penggal kedua lima tahun, mendahului sejak permulaan pengiraan selepas pilihan raya secara aman kelmarin, kemuncak pertanding­an sengit di antara ketua dua dinasti politik di Kenya.

Namun Odinga, 72, bekas tahanan politik dan berhaluan kiri, menolak keputusan itu sebagai fiksyen dan palsu, membantah dalam sidang media lewat malam di mana beliau menyatakan kiraan partinya sendiri menunjukka­n beliau mendahului.

“Kami mempunyai keputusan kami sendiri daripada ejen-ejen kami yang menunjukka­n kami telah jauh mendahului,” menurut Odinga, mempersoal­kan kenapa siaran keputusan tidak disertai salinan formal yang diimbas dan ditandatan­gani semua ejen parti di pusat pembuangan undi.

Undang-undang Kenya menyatakan sekiranya terdapat perbezaan di antara keputusan dalam laman sesawang dan borang, keputusan pada borang akan dianggap muktamad.

Mendakwa penipuan undi, beliau turut membangkit­kan tentang kes penyeksaan dan pembunuhan yang belum diselesaik­an seorang pegawai kanan pilihan rayu hanya seminggu lepas sebelum pilihan raya.

“Kami bimbang inilah sebab sebenarnya bagi pembunuhan Chris Msando,” kata beliau.

Komen Odinga mengimbau situasi pada 2007 ketika beliau membangkit­kan kesilapan dalam pilihan raya yang menimbulka­n kesan luar biasa.

Kira-kira 1,200 terkorban dalam kempen keganasan etnik yang menyusul.

Tuduhan jenayah terhadap kemanusiaa­n yang dikemukaka­n Tribunal Jenayah Antarabang­sa terhadap Kenyatta dan William Ruto, kini timbalanny­a, ditarik balik selepas saksi mati atau hilang.

Odinga turut bertanding dan kalah pada 2013, namun meleraikan pertempura­n yang berpotensi dengan menerima aduannya mengenai kegagalan meluas peralatan undian elektronik ke mahkamah.

Ramai penyokong Odinga menyatakan mereka mempercaya­i kejayaan ketua mereka telah dirampas semasa dua pengundian terakhir dan berikrar untuk tidak membenarka­n satu pilihan raya ketiga turut dicuri.

Anak lelaki timbalan presiden pertama Kenya, Odinga anggota etnik Luo di barat, kawasan yang telah lama mendakwa diabaikan kerajaan pusat dan membantah peminggira­n mereka daripada kuasa.

Kenyatta, anak lelaki presiden pertama Jomo Kenyatta, merupakan Kikuyu, kumpulan etnik yang menjadi tiga daripada empat presiden sejak kemerdekaa­n daripada Britain pada 1963.

Kelmarin, Kenyatta menyeru kepada sesiapa yang kalah dalam pertanding­an itu untuk menerima keputusan dengan rela.

“Dalam keadaan di mana mereka kalah, marilah kita menerima keinginan rakyat.

“Saya sendiri sanggup untuk menerima keinginan rakyat, maka biarlah mereka juga,” menurut Kenyatta ketika mengundi di Sekolah Rendah Mutomo di Gatundu, kira-kira 30 kilometer ke utara ibu negara.

Kemudian, Odinga turut memberitah­u badan penyiaran Jerman Deutsche Welle bahawa beliau akan turut menerima kekalahan sekiranya benar.

Pemenang memerlukan undi lebih 50 peratus, dan sekurang-kurangnya 24 daripada 47 wilayah di Kenya.

Selain presiden baharu, rakyat Kenya sedang melantik anggota perundanga­n dan perwakilan tempatan, keputusan pindaan perlembaga­an 2010 yang menyerahka­n kuasa dan wang kepada wilayah. — Reuters

“Kami mempunyai keputusan kami sendiri daripada ejen-ejen kami yang menunjukka­n kami telah jauh mendahului ODINGA, 72

 ??  ?? PARA pegawai pilihan raya mengira undi di pusat pengundian yang menggunaka­n Sekolah Rendah Victoria di Kisumu, lewat kelmarin. — Gambar AFP
PARA pegawai pilihan raya mengira undi di pusat pengundian yang menggunaka­n Sekolah Rendah Victoria di Kisumu, lewat kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia