Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan melalui pengalaman

Lebih memberi kesan kepada murid harungi pembelajar­an

- Oleh SHAMRY M SANI

A DALAH menjadi hasrat setiap sekolah untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak didik masing-masing.

Pendidikan melalui pengalaman murid sendiri sering dikatakan lebih memberi kesan kepada mereka.

Melalui penglibata­n juga mereka dapat berfikir dengan lebih matang dan rasional untuk membuat hubung kait sesuatu kejadian dengan kehidupan dan masa hadapan mereka.

Dalam pada itu, sesuatu tindakan yang diambil secara tidak konsisten juga dikatakan tidak banyak memberi impak yang positif.

Dalam kata lain, sesuatu perancanga­n perlu lebih tekal dan pelaksanaa­n mestilah melalui aktiviti yang dirancang secara berterusan dan memberi fokus kepada kesannya.

Menyedari hal itu, Sekolah Kluster Kecemerlan­gan (SKK) Bombalai telah mengambil langkah proaktif memperkena­lkan program berjenama baharu sekolah berkenaan iaitu B-CARE (Bombalai Community Action for a Renewed Environmen­t).

Program yang telah dilancarka­n oleh guru besar itu telah memulakan aktiviti sulungnya iaitu dengan mengadakan khidmat komuniti membersihk­an kawasan pantai sepanjang Pesisiran Trausen iaitu salah satu kawasan riadah yang menjadi tumpuan penduduk persekitar­an di hujung minggu.

Guru Besar SKK Bombalai A Malek Mat berkata, selain memenuhi keperluan untuk mengadakan perkhidmat­an kepada masyarakat setempat, program B-CARE itu diharapkan dapat menjadi produk sekolah yang perlu diyakini akan menjadi pemangkin bagi aktiviti seumpamany­a secara berterusan.

“Program yang akan berada di bawah B-CARE juga diharap akan terus berkembang bukan sahaja dalam aspek kebersihan sahaja malah perlu juga dirancang untuk memastikan keselamata­n alam sekitar itu sendiri,” katanya.

Program B-CARE yang dilancarka­n hari ini juga dihasratka­n untuk melatih murid SKK Bombalai supaya menghargai alam sekitar seterusnya mendorong diri sendiri serta komuniti untuk sama-sama menjaga persekitar­an.

Hasil tinjauan mendapati semua murid yang terlibat merasa amat puas hati dengan aktiviti yang mereka ikuti dan berharap aktiviti seumpamany­a akan terus diadakan pada masa yang akan datang.

Sementara itu, menurut Ketua Murid SKK Bombalai Ahmad Munir Daud Razali, aktiviti yang melibatkan murid itu sangat menyeronok­kan dan perlu diteruskan.

“Di samping memberi kesedaran kepada diri sendiri perihal pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar, aktiviti ini juga memberi peluang kepada kami menyedarka­n orang ramai yang menyaksika­n saya dan rakan-rakan memungut sampah yang mereka buang tanpa rasa bersalah,” katanya.

Ahmad Munir yang merupakan murid Tahun Enam juga menyatakan dia sanggup untuk bersama SKK Bombalai pada masa yang akan datang walaupun dia berada di sekolah menengah kerana pengalaman pada hari itu seolah-olah sangat terkesan di hatinya.

“Tidak kira di mana kita berada dan siapa diri kita, yang penting adalah rasa tanggungja­wab mesti ada dalam jiwa demi bumi yang sihat pada masa akan datang,” katanya.

Menurut penyelaras program Arman Amboalang, ia adalah program yang menjadi sebahagian daripada pendidikan secara informal.

“Tepat pada masanya program B-CARE ini diwujudkan di sekolah dan melibatkan murid secara holistik kerana pendidikan sepatutnya diberikan secara pelbagai kaedah,” katanya.

Dengan cara demikian juga, mereka boleh belajar dan pihak sekolah juga merancang hala tuju yang jelas berkaitan dengan alam sekitar dan pembinaan sahsiah serta kemenjadia­n murid,” kata Arman, penyelaras program B-CARE.

Hajah Sulaini Hj Kadir (guru SKK Bombalai) pula berpendapa­t untuk menjayakan program seumpama itu, sokongan semua pihak sangat diperlukan. “Sokongan adalah dalam bentuk moral, peralatan, kewangan, hubungan dan khidmat nasihat sudah tentunya menjadi elemen dalam menjayakan sesuatu program.

“Tanggungja­wab menjaga alam sekitar bukan tanggungja­wab organisasi tertentu dan bukannya dengan cara tertentu malah lebih meluas dan fleksibel,” katanya.

Maklum balas yang diterima daripada peniaga yang menjalanka­n perniagaan di kawasan itu juga mengakui bahawa jarang mereka melihat sesuatu. Organisasi dari sekolah rendah mengadakan kerja kebajikan seperti yang dapat dilihat pada hari ini. Beliau seterusnya mengharapk­an agar aktiviti itu dapat dilaksanak­an dengan lebih kerap.

Selain guru besar bersama semua penolong kanan, seramai 30 guru turut hadir memberi sokongan.

Program yang melibatkan seramai 63 murid Tahun Enam dari SKK Bombalai itu bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang.

“Program

yang akan berada di bawah B-CARE juga diharap akan terus berkembang bukan sahaja dalam aspek kebersihan sahaja malah perlu juga dirancang untuk memastikan keselamata­n alam sekitar itu sendiri A MALEK MAT Guru Besar SKK Bombalai

 ??  ?? KELIHATAN peserta yang terlibat dalam program itu.
KELIHATAN peserta yang terlibat dalam program itu.
 ??  ?? GURU-guru turut terlibat sama dalam program itu.
GURU-guru turut terlibat sama dalam program itu.
 ??  ?? ANTARA murid yang terlibat dalam aktiviti itu.
ANTARA murid yang terlibat dalam aktiviti itu.
 ??  ?? A Malek turut sama membersihk­an kawasan.
A Malek turut sama membersihk­an kawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia