Utusan Borneo (Sabah)

Sidang Kemuncak IWFCI platform bagi usahawan wanita ke persada antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Perdaganga­n Global Wanita Persekutua­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian Wanita Antarabang­sa (IWFCI, Malaysia) yang akan diadakan buat julung kali merupakan platform bagi usahawan wanita memperluas­kan perniagaan mereka di persada antarabang­sa.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sidang kemuncak itu yang dianjurkan bersama kementeria­nnya akan diadakan dari 4 hingga 5 Sept bersempena sambutan Hari Wanita Malaysia peringkat kebangsaan.

Rohani, yang juga Penaung IWFCI Malaysia, berkata sidang kemuncak bertemakan ‘Wanita; Merubah Ekonomi Global’ itu juga sejajar dengan iklim ekonomi global masa kini.

“Persidanga­n dua hari ini mengetenga­hkan tokoh pemikir antarabang­sa, usahawan berjaya dan tokoh korporat peringkat tinggi yang akan berkongsi perjalanan dan pengalaman mereka bersama para perwakilan,” katanya pada majlis makan malam bersama anggota Exco dan anggota IWFCI Malaysia di Diplomat KL, di sini, malam kelmarin.

Rohani berkata, atur cara sidang kemuncak itu termasuk lawatan ke kilang-kilang terkemuka di Malaysia, majlis gala disertai pertunjuka­n fesyen di samping Program Pengiring yang akan menonjolka­n keindahan pemandanga­n di Malaysia.

Sidang kemuncak itu akan disertai wakil dari 12 negara, antaranya Australia, Singapura, Vietnam, China, India, Korea Selatan, Rusia, Bangladesh dan Sri Lanka. — Bernama

 ??  ?? WAJAH CERIA: Rohani berkongsi kegembiraa­n bersama anggota Exco dan anggota IWFCI Malaysia selepas menghadiri majlis makan malam di Kuala Lumpur, malam kelmarin. — Gambar Bernama
WAJAH CERIA: Rohani berkongsi kegembiraa­n bersama anggota Exco dan anggota IWFCI Malaysia selepas menghadiri majlis makan malam di Kuala Lumpur, malam kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia