Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki diarah bela diri cuba rogol, seks luar tabii anak tiri

Cuba rogol dan seks luar tabii terhadap anak tiri

-

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan, apabila dituduh melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang berusia 12 tahun, pada waktu kejadian.

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini memerintah­kan seorang lelaki membela diri pada 21 September atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan cuba merogol anak tirinya.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 35 tahun, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan, apabila dituduh melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang berusia 12 tahun, pada waktu kejadian.

Kesalahan itu dilakukan pada 19 Mac 2015 jam 12 tengah hari di sebuah taman perumahan, Jalan Kobusak, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan penjara mininum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebatan.

Pada 20 Mac 2015 di tempat sama, tertuduh didakwa cuba memasukkan zakarnya ke dalam kemaluan mangsa.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, penjara sehingga tempoh 15 tahun dan dengan sebat.

Sepanjang perbicaraa­n kes di peringkat pendakwaan, lapan saksi dipanggil memberikan keterangan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Dato’ Rakhbir Singh.

Pendakwaan itu dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Hafizah Zahidah Abdul.

Sementara itu, dua lelaki yang diletakkan dibawah perintah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dikenakan penjara sepuluh bulan dan dua sebat atas kesalahan mengambil dadah.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Md Muntansir Ramlie, 28, dan Fanny Effendy, 35, selepas mengaku bersalah.

Mereka yang diletakkan dibawah perintah berkenaan pada 9 Julai 2015, didapati tidak mematuhi syarat apabila didapati menggunaka­n dadah Methamphet­amine.

Md Muntansir dan Fanny melakukan kesalahan itu pada 18 Julai jam 10 pagi di AADK Kota Kinabalu, di sini.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 6 (2) (d) Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998), boleh dihukum mengikut Seksyen 6 (3) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara tidak melebihi tiga tahun atau tidak melebihi tiga sebatan, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mahkamah juga memerintah­kan keduadua tertuduh berada dalam pengawasan polis selama tempoh dua tahun.

Pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Suaif Ag Daud dari AADK.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sebuah telefon pintar curi.

Jessica menetapkan pada 7 September sebagai pengurusan kes terhadap Mohammad Potong, 31, yang didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan tertuduh menerima sebuah telefon pintar disyaki harta curi, milik seorang lelaki berusia 28 tahun pada 28 Julai jam 6.30 petang di kedai serbaneka 24 jam Orange, Centre Point, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda atau dengan keduaduany­a sekali.

Bagaimanap­un tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan diperintah­kan terus direman kerana tidak mempunyai dokumen peribadi.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia