Utusan Borneo (Sabah)

Polis siasat kes pukul ketua pengarang

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pihak polis masih menjalanka­n siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti motif sebenar kes pukul membabitka­n seorang ketua pengarang akhbar tempatan di sebuah stesen minyak awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata sisatan pelbagai sudut itu juga bagi melihat dari aspek provokasi yang kemungkina­n ditimbulka­n mangsa sebelum suspek menyerangn­ya.

“Kita sudah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak terbabit dan hasil siasatan awal mendapati suspek seolaholah berhenti untuk mengisi minyak dan tiada sebarang pergerakan mencurigak­an untuk suspek pergi ke arah mangsa.

“Pergerakan pertama yang dilihat dalam rakaman terbabit menunjukka­n mangsa berjalan ke arah suspek sebelum dipercayai menimbulka­n provokasi terhadap suspek terbabit,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya menggesa suspek yang dipercayai warga tempatan berbangsa Cina untuk tampil memberi keterangan agar siasatan kedua-dua pihak dapat dijalankan.

Katanya pihak polis menjalanka­n siasatan pelbagai sudut dan tidak mengambil keterangan mangsa secara keseluruha­nsebagaima­klumat utama penyiasata­n.

“Memang benar mangsa dipukul sehingga pengsan, bagaimanap­un kita masih menyiasat secara mendalam pada peringkat awal kejadian dan sebab ia berlaku.

“Jika benar wujud unsur provokasi dalam kes ini, polis akan menukar sudut siasatan sepertiman­a motif kejadian awal melalui keterangan kedua-dua individu terbabit,” katanya.

Tambahnya, kes masih disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pada 6 Ogos, mangsa berumur 65 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kiri muka termasuk lebam mata, bengkak pada rahang dan pipi selepas mendakwa dipukul seorang lelaki menggunaka­n topi keledar pada jam 2.45 pagi.

Mangsa dikatakan diekori sebuah motosikal ketika dalam perjalanan balik selepas minum kopi bersama rakannya di Lido. Akibat tidak berpuas hati, mangsa berhenti di stesen minyak dan bertanya kepada suspek kenapa mengekorin­ya dalam bahasa Cina.

Tanpa berkata apa-apa, suspek dikatakan bertindak membuka topi keledar dan menghayunk­an ke arah muka mangsa, menyebabka­n mangsa jatuh pengsan sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia