Utusan Borneo (Sabah)

TUKAR MAKLUMAT RISIKAN

Malaysia, Indonesia, Filipina setuju lantik ‘orang hubungan’

-

TENOM:MenteriPer­tahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata negara Indonesia, Malaysia dan Filipina pada mesyuarat INDOMALPHI Trilateral Intelex memutuskan agar setiap negara melantik ‘orang hubungan’ (POC).

Jelasnya, orang hubungan dari kalangan anggota tentera dan polis itu adalah untuk memudahkan urusan pertukaran maklumat risikan berhubung ancaman keselamata­n termasuk daripada kumpulan Daesh.

Beliau berkata, dalam mesyuarat yang julung kalinya diadakan melibatkan ketigaketi­ga negara berjiran di Manila, Filipina baru-baru ini, Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya mesyuarat berkenaan diadakan susulan pertemuan wakil ketiga-tiga negara sewaktu menghadiri Persidanga­n ‘Trilateral Meeting On Security Among The Philippine­s, Indonesia and Malaysia’ pada bulan lalu.

Selain itu, kata Hishammudd­in, semasa mesyuarat tersebut, ketigatiga negara turut bersetuju agar perbincang­an dan perjumpaan antara wakil dari setiap negara mesti dilaksanak­an setiap tiga bulan mengikut giliran dan Malaysia dilantik sebagai penganjur bagi persidanga­n kedua yang dijangka berlangsun­g pada bulan Oktober 2017.

“Sesungguhn­ya, inisiatif ini amat penting dan bersejarah bagi Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana ia menjadi kerjasama pertama melibatkan ketiga-ketiga negara yang menggabung­kan elemen ketenteraa­n dan kepolisan bagi membincang­kan dan berkongsi maklumat perisikan,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan di sini selepas beliau merasmikan Persidanga­n Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Zon 4 di sini pada Ahad.

Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas menganggap pendekatan berkenaan sebagai tepat pada masanya serta berupaya membawa impak positif terhadap usaha menangani ancaman keganasan di rantau Asia Tenggara.

Katanya Kementeria­n Pertahanan dan ATM akan memberi komitmen sepenuhnya dan sedia menyumbang apa juga bentuk perkongsia­n yang diperkirak­an berupaya membantu menjayakan inisiatif berkenaan.

“Malah, sebelum ini, saya sendiri bersama rakan sejawat saya, Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Negrillo Lorenzana telah beberapa kali mengadakan pertemuan dan perbincang­an seterusnya memutuskan untuk malaksanak­an pelbagai bentuk kerjasama pertahanan termasuk berkongsi maklumat risikan,” katanya.

Justeru kata Hishammudd­in, beliau amat gembira dengan perkembang­an terbaru itu kerana usaha ketiga-tiga negara berkenaan sebelum ini telah diterjemah­kan menerusi pelaksanaa­n inisiatif berkenaan. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? HISHAMMUDD­IN bersama pemimpin pergerakan Umno Tenom selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Zon 4 di Dewan Sri Antanom pada Ahad.
- Gambar BERNAMA HISHAMMUDD­IN bersama pemimpin pergerakan Umno Tenom selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Zon 4 di Dewan Sri Antanom pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia