Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pelajar dikenal pasti mula pergaduhan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Identiti tiga pelajar yang dipercayai memulakan satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan pelajar di Taman Bayumas di sini sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra

(gambar) berkata, kejadian pergaduhan terbabit mula tular di laman sosial pada Jumaat.

Menurutnya, ketiga-tiga pelajar terbabit datang dari sekolah yang sama iaitu dua daripadany­a pelajar Tingkatan 4 dan seorang lagi Tingkatan 3.

Beliau berkata, ekoran daripada video pergaduhan pelajar yang menjadi tular, gurudisipl­insekolahb­erkenaan tampil membuat laporan polis mengenai identiti pelajar dan punca kejadian itu.

“Pergaduhan berkenaan sebenarnya berlaku pada 9 Ogos kira-kira jam 1 petang di lokasi yang sama.

“Iamelibatk­anduakumpu­lan pelajar dari sekolah yang sama. Pada awalnya, hanya dua pelajar yang bergaduh sebelum rakan mereka yang lain turut masuk campur.

“Difahamkan, pergaduhan ini bukan kali pertama berlaku dan ia rentetan daripada pergaduhan pada hari sebelumnya. Bagaimanap­un, ia tidak tular di media sosial,” katanya di sini pada malam Sabtu.

Chandra berkata, pergaduhan terbabit dipercayai untuk beradu kekuatan diri masing-masing.

Menurutnya, pihak sekolah sedia memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan.

Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

 ??  ?? VIDEO pergaduhan membabitka­n dua kumpulan pelajar di Taman Bayumas mula tular dan mendapat perhatian netizen.
VIDEO pergaduhan membabitka­n dua kumpulan pelajar di Taman Bayumas mula tular dan mendapat perhatian netizen.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia