Utusan Borneo (Sabah)

APMM bantu pindahkan bayi pramatang

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KUDAT: Seorang bayi lelaki yang disyaki terkena jangkitan kuman dalam saluran darah berjaya dipindahka­n ke hospital dalam satu operasi bantuan kecemasan.

Bayi pramatang berusia 30 minggu itu berjaya dibawa oleh pasukan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di sini.

Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, operasi berkenaan dijalankan pada Sabtu kira-kira jam 11.20 pagi.

Menurutnya, bayi berkenaan dari Klinik Kesihatan Karakit Pulau Banggi di sini dibawa menggunaka­n bot ke Hospital Kudat.

Katanya, kedua-dua ibu bapa pesakit Norshila Abdul, 42, dan Ramli Mujainal, 45, turut sama mengiringi bayi terbabit.

“Bilik Operasi Daerah Maritim 16 di sini menerima panggilan kecemasan pada jam 10.15 pagi daripada Dr Wong Biing Sheng yang bertugas di klinik berkenaan.

“Bot sedia ada masih mengalami kerosakan dan pesakit perlu dibawa segera ke hospital.

“Pesakit berjaya dipindahka­n ke bot dan tiba di Jeti Marina di sini kirakira jam 12.05 tengahari,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, sebaik tiba di jeti itu, bayi berkenaan terusdiper­iksadandil­aporkan berada dalam keadaan stabil sebelum mendapat rawatan susulan di Hospital Kudat.

Zubil berkata, pihaknya bersedia setiap masa dalam memberi bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat dan agensi serta jabatan kerajaan yang lain ketika berlakunya kecemasan atau bencana.

Menurutnya, masyarakat diminta sentiasa melaporkan kepada APMM sekiranya berhadapan sebarang masalah dilautdanb­olehmenghu­bungi talian kecemasan 999.

 ??  ?? ANGGOTA APMM membawa bayi berkenaan dan dimasukkan ke dalam bot sebelum dihantar ke hospital.
ANGGOTA APMM membawa bayi berkenaan dan dimasukkan ke dalam bot sebelum dihantar ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia