Utusan Borneo (Sabah)

Ubah IPG kepada bentuk vokasional kenyataan kurang tepat

- Oleh JAINUDIN NASIR

KENINGAU: Kenyataan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berhubung empat Institut Pengajian Guru (IPG) di Sabah diubah kepada bentuk vokasional dianggap satu kenyataan yang kurang tepat.

Pengerusi Biro Pendidikan Umno yang juga AJK Umno Bahagian Keningau Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik berpendapa­t pengubahsu­aian keempat-empat IPG itu kepada institusi lain dan bukan lagi tempat latihan perguruan, adalah kurang tepat.

Ia kerana, jelasnya, anak tempatan Sabah masih ramai berminat menjadi guru bagi mengisi kekosongan guru di sekolahsek­olah terutama di kawasan pedalaman apabila mereka yang sedang berkhidmat akan bersara wajib atau berhenti sebagai guru atas faktor kesihatan.

“Saya rasa kenyataan Datuk Seri Masidi bahawa tidak lagi perlu ada empat IPG di Sabah adalah sesuatu yang agak mendukacit­akan dan kurang popular,” katanya ketika menghubung­i media pada Sabtu.

Masidi dalam kenyataann­ya baru-baru ini membayangk­an tiada keperluan untuk Sabah mempunyai empat IPG pada ketika ini kerana Sabah sudah mempunyai guru terlatih yang mencukupi.

Beliau berkata, Sabah sudah mencapai tahap di mana mempunyai guru-guru yang mencukupi dan suatu hari nanti, hanya akan ada kekosongan apabila terdapat guru bersara, justeru tidak perlu melatih ramai guru.

Masidi yang juga Adun Karanaan dan Exco Pendidikan negeri menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Adun Likas Junz Wong dalam Persidanga­n DUN Sabah minggu lepas, yang inginkan penjelasan mengapa IPG di Tawau dan Sandakan perlu ditutup.

Beliau menjelaska­n kedua-dua IPG itu tidak ditutup tetapi ditukar kepada pusat yang fokus kepada perkara lain. Sebagai contoh, ia boleh ditukar menjadi institusi yang menawarkan kursus vokasional bagi membolehka­n lepasan pelajar mengambil kursus yang mudah dipasarkan.

Katanya, terlalu ramai orang menjadi guru hanya akan menyebabka­n lebihan bekalan dan berisiko ramai daripada mereka tidak mendapat pekerjaan.

“Di Tawau IPG mempunyai kapasiti 1,300 tetapi pada ketika ini, Sabah hanya memerlukan 368 guru,” jelas Masidi.

Yazid berkata secara peribadi, keadaan negeri Sabah yang begitu luas masih ada keperluan untuk mengekalka­n keempatemp­at IPG di negeri ini.

“Memandangk­an permohonan anak negeri Sabah yang berminat menjadi guru semakin bertambah dan juga bilangan pelajar terutama di kawasan pedalaman setiap tahun meningkat maka, ada keperluan untuk menambah bilik darjah termasuk bilangan guru.

“Jika sekarang keperluan guru tidak lagi mendesak dan mengurangk­an pengambila­nnya, tetapi pada suatu masa keperluan guru akan berlaku, justeru IPG yang ada di Sabah tidak perlu diganti dengan institusi lain.

“Pertukaran fungsi IPG bagaimanap­un jika dilakukan juga, tiada masalah tetapi nama IPG jangan diukar tetapi kekal teruskan nama itu,” katanya.

Menurut Yazid, terdapat keperluan lain terutama usaha menaiktara­f fizikal bangunan sekolah, jalan raya dan rumahrumah guru di kawasan pedalaman dalam usaha memartabat­kan pendidikan di Malaysia, khususnya di Negeri Sabah yang masih agak jauh ketinggala­n berbanding negeri lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia