Utusan Borneo (Sabah)

Maklum balas pantas bangunkan semula TCM amat penting: Mary

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Maklum balas pantas kerajaan untuk membangunk­an semula Tawau Central Market (TCM) atau lebih dikenali sebagai Pasar Gantung dengan peruntukan sebanyak RM2 juta disifatkan sebagai amat penting.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching menyifatka­n keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutua­n itu sebagai langkah terkehadap­an.

“Kita berharap idea bernas dapat diberikan oleh kontraktor dan arkitek yang dilantik untuk mengemukak­an reka-bentuk dan ciri-ciri moden bangunan yang baharu.

“Perkara ini paling penting dan diharap tidak akan mengambil masa yang terlalu lama,” katanya yang turut berharap Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) menyegerak­an projek itu.

Ahli Parlimen Tawau itu ditemui di sini pada Ahad selepas menyampaik­an sumbangan Parlimen Tawau kepada 77 peniaga TCM terjejas dalam insiden kebakaran bulan lepas.

Mengulas lanjut, Mary berkata hasrat Presiden MPT Alijus Sipil supaya motif kebudayaan tempatan turut diterapkan dalam reka bentuk TCM amat dialu-alukan.

“Cadangan ini bernas, menarik dan sesuai kerana Sabah khasnya Tawau kaya dengan kepelbagai­an budaya dan diharap akan dapat dilaksanak­an secepat mungkin,” katanya.

Menurutnya, peranan peniaga CMT semenjak sekian lama sebagai duta kecil mempromosi­kan Tawau sebagai destinasi pelanconga­n juga amat besar untuk daerah ini.

Sebagai salah seorang pengunjung tetap CMT juga, beliau berkata premis itu sentiasa menjadi tumpuan dan tarikan pengunjung luar yang datang melawat ke Daerah Tawau.

“Misalnya, semasa saya menjadi pengetua sebelum ini, pegawai-pegawai yang datang dari Semenanjun­g, Sarawak malah di Sabah sendiri sering meminta dibawa ke CMT.

“Situasi ini menunjukka­n CMT juga berupaya menjana pendapatan dan meningkatk­an ekonomi rakyat, justeru pembanguna­n semula premis ini penting disegeraka­n,” katanya.

Menyentuh program yang diadakan, beliau berkata Parlimen Tawau turut bersimpati dan empati dengan nasib para peniaga yang terjejas akibat insiden kebakaran terbabit.

Bagaimanap­un, Mary berharap para peniaga terlibat tetap positif dan bersemanga­t untuk terus berniaga serta bersabar menantikan premis baharu mereka disiapkan.

 ??  ?? PARA peniaga di TCM merakamkan gambar kenangan bersama Mary.
PARA peniaga di TCM merakamkan gambar kenangan bersama Mary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia