Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terpengaru­h politik kebencian

Ancam keselamata­n negara untuk kepentinga­n politik

-

TENOM: Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein meminta rakyat di Sabah agar tidak mudah terpengaru­h dengan pihak yang cuba menanam politik kebencian dan adu domba sehingga boleh mengancam keselamata­n negara sematamata untuk kepentinga­n politik.

Hishammudd­in berkata,sekiranya keselamata­n di negara ini, khususnya di Sabah, tergugat disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggug­jawab berkenaan yang menjadikan keselamata­n sebagai ‘taruhan politik’, maka rakyat negeri ini yang akan menanggung akibatnya.

“Sekiranya keselamata­n Sabah ini jadi pertaruhan, jadi gadaian, akhirnya kalau pertimbang­an mereka silap, yang jadi mangsa nanti ialah rakyat Sabah sendiri yang tidak berdosa. Ini yang berlaku di negara Timur Tengah dan negara tertentu,” katanya.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Zon 4 di sini pada Ahad. Umno Zon 4 merangkumi Umno Bahagian Keningau, Tenom dan Pensiangan.

Turut hadir pada majlis berkenaan Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Sairin Karno, Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang dan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin.

Menurut Hishammudd­in, pendekatan berpolitik kebencian dan perpecahan yang cuba dimainkan pihak pembangkan­g di Sabah, termasuk yang pernah berada di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, boleh menjurus ke arah perpecahan.

Sebagai contoh, katanya, sentimen Sabah untuk orang Sabah yang ditiupkan pemimpin berkenaan boleh memecahbel­ahkan dan jelas bermotifka­n politik peribadi kerana semasa pemimpin itu berada dalam kerajaan dahulu, tidak pernahpun membangkit­kan perkara itu.

“Kalau nak berpolitik pun ada hadnya...ini yang saya ingatkan perwakilan hari ini. Jangan main-main dengan sentimen perkauman, sentimen agama, sentimen berpolitik antara Sabah dan Semenanjun­g. Dah cukup cantik dah (situasi kita) selama ini.

“...(Sikap) rakus, tamak, ego, marah, teringin nak merampas kuasa dan matlamat menghalalk­an cara ini semua amat berbahaya. Kita perlu terangkan kepada orang ramai bahawa tiada parti selain Barisan Nasional yang lebih konsisten merentasi warna kulit dan agama untuk membangunk­an dan membela rakyat Sabah ini,” tegas Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas.

Justeru, kata, Hishammudd­in, komitmen kerajaan persekutua­n untuk memastikan keselamata­n Sabah sentiasa terjamin, tidak boleh dipertikai­kan kerana pelbagai usaha telah dilaksanak­an untuk mencapai matlamat berkenaan termasuk menempatka­n lebih banyak aset keselamata­n di Sabah, khususnya di pantai timur.

Katanya bilangan aset-aset ketenteraa­n dan keselamata­n serta anggota keselamata­n yang ditempatka­n di Sabah mungkin tiga hingga empat kali ganda lebih banyak berbanding yang diletakkan di negeri asal beliau sendiri iaitu Johor.

Mengenai kedudukan Umno Sabah, Hishammudd­in berkata, Umno negeri itu sudah kembali pulih dengan anggota dan kepimpinan­nya sudah fokus kepada perjuangan asal parti serta jauh berbeza berbanding tahun lepas ketika ada pemimpin Umno negeri itu keluar meninggalk­an parti.

Menurutnya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa telah memimpin Sabah dengan cukup baik malah mempunyai begitu banyak perancanga­n untuk pembanguna­n masa depan Sabah namun semua itu akan dapat dilakukan sekiranya mendapat mandat besar daripada rakyat pada pilihan raya umum akan datang. -Bernama

Kalau nak berpolitik pun ada hadnya...ini yang saya ingatkan perwakilan hari ini. Jangan main-main dengan sentimen perkauman, sentimen agama, sentimen berpolitik antara Sabah dan Semenanjun­g. Dah cukup cantik dah

ini.” (situasi kita) selama DATUK SERI HISHAMMUDD­IN TUN HUSSEIN Naib presiden Umno

 ?? -Gambar Bernama ?? HISHAMMUDD­IN bersalaman dengan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno ketika tiba merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Zon 4 di Dewan Sri Antanom kelmarin.
-Gambar Bernama HISHAMMUDD­IN bersalaman dengan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno ketika tiba merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Zon 4 di Dewan Sri Antanom kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia