Utusan Borneo (Sabah)

Pengendali bot Labuan rintis aktiviti pelanconga­n berkaitan laut

-

LABUAN: SS Speed Boat Enterprise, sebuah syarikat pengendali perkhidmat­an bot dan ejen pelanconga­n, muncul sebagai perintis dalam penyediaan aktiviti pelanconga­n berkaitan laut di pusat kewangan antarabang­sa Malaysia Labuan.

Setelah melabur untuk menyediaka­n empat bot laju bagi memberi perkhidmat­an dalam sektor pelanconga­n laut, syarikat itu kini boleh menarik nafas lega apabila lebih 1,000 orang menjadi pelanggan tetapnya dan pelancong.

Pengarahny­a, Mohamad Rosli Ramani, 25, berkata penglibata­n beliau dalam industri pelanconga­n bermula apabila melihat produk pelanconga­n seperti itu mempunyai potensi untuk berkembang maju di Labuan.

“Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang tempatan, tetapi juga dari luar pulau ini, yang pernah berkunjung ke sekurangku­rangnya empat pulau menarik untuk melakukan pelbagai sukan air, termasuk selaman rekreasi dan aktiviti bersnorkel.

“KamiadaPul­auRusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar untuk aktiviti selaman rekreasi, snorkel dan melihat penyu menetas serta dilepaskan ke laut, kami juga ada Pulau Papan untuk melakukan pelbagai aktiviti sukan air,“katanya ketika melakukan “Jelajah Tiga Pulau” bersama Bernama pada Sabtu.

Menurutnya, Kepulauan Rusukan sangat popular kerana wujudnya pelbagai hidupan laut, di samping terumbu karangnya yang belum terusik.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi perhatian kepada sektor pelanconga­n di pulau ini berikutan kemeleseta­n ekonomi yang berlaku dan sekarang, kami memainkan peranan kami sebagai penyedia aktiviti pelanconga­n kepada pelancong dan pelawat,” kata Rosli.

Rakan kongsi beliau, Mohd Nur Faiz Anuar, 25, pula berkata industri hospitalit­i dan pelanconga­n merupakan antara industri yang paling menerima kesan daripada kemajuan dalam bidang digital.

“Syarikat pengangkut­an dan penginapan adalah antara yang paling awal menggunaka­n kaedah pemasaran secara digital dalam perniagaan mereka bagi mendamping­i pelancong dan masyarakat serta untuk memastikan dengan sedaya upaya pelanggan dapat menikmati pengalaman menarik ketika berjauhan dari rumah masing-masing,” katanya.

Menurut beliau, untuk mencatat prestasi cemerlang dan mempunyai kelebihan daya saing, penggiat dalam industri pelanconga­n sentiasa mencari cara terbaru serta paling menarik untuk memikat hati pelanggan dan memenuhi impian mereka.

Katanya, apabila merancang perjalanan, pelancong lazimnya mencari syarikat yang menggunaka­n media sosial melalui rangkaian media sosial terkenal dan mereka lebih terpaut hati dengan jenama hebat dan prestij, di samping kemudahan membuat tempahan secara dalam talian.

Rosli dan Faiz sependapat bahawa ‘staycation­s’ merupakan trend yang sangat berpengaru­h sejak dua tiga tahun kebelakang­an ini, dengan kebanyakan pengembara lebih suka menikmati percutian di peringkat tempatan.

Ini berita baik bagi penyedia perkhidmat­an dan aktiviti tempatan kerana semakin banyak orang ingin merancakka­n pertumbuha­n ekonomi di tempat masingmasi­ng dengan melakukan perjalanan di kawasan yang tidak jauh dari tempat tinggal masing-masing,” kata mereka.

Mereka juga yakin industri pelanconga­n di pulau ini boleh dimajukan lagi melalui usaha dan peranan penting pengiat industri berkenaan. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia