Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Umno digesa ingati perjuangan asal parti

-

TAWAU: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan mahu anggota parti itu mengingati kembali perjuangan asal parti, iaitu kerana agama, bangsa dan tanah air yang telah membawa kepada kemajuan negara pada kelmarinj.

Beliau berkata dalam perjuangan itu, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno telah membawa pelbagai pembanguna­n dari segi kesihatan, pendidikan, kemahiran, perpaduan serta keamanan kepada seluruh rakyat di setiap pelosok Malaysia.

“Begitu juga di Sabah ini, maka kita berilah sokongan kepada parti yang menabur jasa, membawa pelbagai pembanguna­n dan manfaat kepada rakyat.

“Kenapa perlu menyokong parti baharu yang tidak mempunyai jasa membangunk­an negara, berkorban kepada rakyat dan parti ini akan terkubur pada pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri berkata demikian ketika berucap pada Persidanga­n Perwakilan Wanita Umno bahagian Tawau yang turut dihadiri Ketuanya Datuk Rosdianah Md Nor, di sini kelmarin.

Beliau memberi contoh inisiatif kerajaan yang menawarkan perkhidmat­an pendidikan dan kesihatan hampir percuma kepada rakyat.

“Kerajaan cuba memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat, pergi ke hospital, dapat segenggam ubat tetapi rakyat hanya perlu bayar RM1.

“Begitu juga anak-anak yang belajar di tadika, sekolah rendah dan menengah, mereka diberi hampir percuma pendidikan, kerana ibu bapa hanya perlu membayar yuran persatuan ibu bapa dan guru serta membeli kelengkapa­n persekolah­an anak-anak sendiri,” katanya lagi.

Dari segi kemahiran, Ahmad berkata kerajaan juga menyediaka­n pelbagai program kemahiran untuk beliabelia yang mahu memajukan diri serta meningkatk­an taraf hidup keluarga.

“Tidak cukup itu kerajaan tidak pilih kasih dalam menyediaka­n pelbagai peluang sama rata kepada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan itu menjadikan negara lebih bersatu padu,” katanya. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? AHMAD Maslan memotong kek yang berbentuk Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan pada perasmian Mesyuarat Tahunan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tawau di sebuah hotel terkemuka kelmarin.
-Gambar Bernama AHMAD Maslan memotong kek yang berbentuk Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan pada perasmian Mesyuarat Tahunan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tawau di sebuah hotel terkemuka kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia