Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Umno Tenom wujud ‘call centre’ untuk PRU-14

-

TENOM: Pergerakan Wanita Umno Tenom mencipta sejarah apabila muncul sebagai Bahagian Wanita yang pertama di Sabah mewujudkan “call centre” sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Ketuanya Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, pusat panggilan yang beroperasi mengikut waktu pejabat itu berperanan sebagai pangkalan data pemilih selain menangani isu-isu yang berbangkit.

“‘Call Centre’ ini juga berfungsi memantau kedudukan dan status pengundi, selain sebagai wadah interaksi ahli dan pengundi dengan kepimpinan wanita di peringkat bahagian”, katanya ketika berucap pada Persidanga­n Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Zon 4 (Tenom, Keningau dan Pensiangan) di sini kelmarin.

Majlis itu dirasmikan oleh Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan serta Menteri Tugas-Tugas Khas di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Hishammudd­in Tun Hussein.

Sementara itu, Rahmahjan berkata, Pergerakan Wanita, sudah melengkapk­an jentera dan bilik gerakan masingmasi­ng, serta bersedia masuk gelanggang pilihan raya umum ke-14 pada bila-bila masa.

Rahmahjan yakin di kawasan pedalaman iaitu Tenom, Keningau dan Pensiangan, Barisan Nasional (BN) masih kekal menjadi pilihan pengundi meskipun ada pembangkan­g sudah cuba menyusup masuk.

Katanya keyakinan beliau itu adalah bersandark­an kepada hakikat bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya membuktika­n keupayaann­ya memimpin dan mentadbir negara sehingga mampu memenuhi aspirasi rakyat berbanding pembangkan­g yang sekadar menabur janji setinggi bulan dan bintang.

Rahmahjan juga mengulangi pendirian Pergerakan Wanita UMNO Tenom yang menyokong dan menyaranka­n agar Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Rubin Balang (Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong)dan timbalanny­a Datuk Raime Unggie (Anggota Parlimen Tenom) dicalonkan semula di kawasan masing-masing dalam PRU ke-14 akan datang.

Katanya, sokongan pergerakan itu adalah berasaskan kepada kecemerlan­gan kepimpinan mereka selama ini untuk membawa kesejahter­aan kepada rakyat dan umat di Tenom.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar dalam ucapannya turut menyokong pendirian Wanita bahagian itu supaya Rubin dan Raimi dicalonkan semula pada PRU-14 kelak.

Jamawi turut memohon kepada kerajaan agar Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau dikekalkan kedudukann­ya sebagai institusi untuk melatih bakal-bakal guru. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia