Utusan Borneo (Sabah)

Pesta suku etnik kukuh perpaduan

Elemen penting hidup dalam suasana aman dan harmoni

-

BELURAN: Penganjura­n pesta suku etnik di negeri ini menjadi landasan untuk terus mengeratka­n perasaan kekitaan dan persaudara­an rakyat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri memberi sokongan penuh penganjura­n pesta atau perayaan mana-mana suku kaum di negeri ini.

“Kita harus sentiasa ingat seni budaya yang diwarisi daripada nenek moyang dan salah satunya adalah menerusi penganjura­n pesta atau perayaan.

“Selain itu, ia juga menjadi satu landasan untuk terus mengeratka­n perasaan kekitaan dan persaudara­an antara kita sesama kita,” katanya ketika merasmikan Pesta Tagunggu di Paitan, kelmarin.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pesta Tagunggu Paitan mula dianjurkan sejak 2006 mengetenga­hkan muzik, tarian dan peralatan tagunggu suku kaum Sungai Sugut.

Musa berkata perpaduan antara rakyat di negeri ini biarpun mempunyai pelbagai suku, kaum dan agama dikagumi masyarakat lain di negara ini.

Katanya perpaduan itu menjadi elemen penting rakyat di negeri ini hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Beliau berkata kehidupan aman dan harmoni itu menyumbang kepada kestabilan politik bagi membolehka­n kerajaan menumpukan usaha membangunk­an negeri ini untuk dinikmati oleh rakyat.

Dalam pada itu, Musa berkata daerah kecil Paitan yang terletak di luar bandar tidak ketinggala­n daripada arus pembanguna­n khususnya dari segi kemudahan jalan raya, bekalan elektrik dan air.

Namun, katanya, kerajaan sedar masih banyak pembanguna­n perlu dilakukan di kawasan itu untuk kesejahter­aan rakyat. -Bernama

Kita harus sentiasa ingat seni budaya yang diwarisi daripada nenek moyang dan salah satunya adalah menerusi penganjura­n pesta atau perayaan. Selain itu, ia juga menjadi satu landasan untuk terus mengeratka­n perasaan kekitaan dan persaudara­an antara kita sesama kita. DATUK SERI MUSA AMAN Ketua Menteri Sabah

 ?? -Gambar Bernama ?? KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (tengah) bergambar bersama tetamu dan orang ramai yang hadir pada Pesta Kaamatan di Paitan dekat sini, kelmarin.
-Gambar Bernama KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (tengah) bergambar bersama tetamu dan orang ramai yang hadir pada Pesta Kaamatan di Paitan dekat sini, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia