Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga maut kereta dirempuh

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seorang peniaga lelaki maut akibat kecederaan parah selepas kereta Perodua Rusa yang dipandunya terlibat dalam kemalangan awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, kejadian terbabit berlaku kita-kira jam 4.12 pagi di Jalan Tuaran Bypass berhampira­n jambatan Kampung Darau Inanam di sini.

Menurutnya, selain mangsa dua lagi penumpang di Perodua Rusa berkenaan masing-masing mengalami kecederaan parah dan ringan.

Katanya, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Warisan menuju ke Tuaran untuk berniaga di tamu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Honda Civic secara tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar belakang kenderaan mangsa.

“Akibat dari perlanggar­an terbabit, kereta mangsa terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok dan tercampak keluar.

“Petugas dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas Dr Liyana yang memeriksa di lokasi kejadian mengesahka­n mangsa meninggal dunia,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) mendapati kematian mangsa berpunca dari kecederaan di dada dan kepala.

Chandra berkata, salah seorang penumpang yang cedera parah dilaporkan patah tulang paha dan pinggul manakala penumpang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan ringan.

Dalam pada itu jelasnya, lelaki pemandu Honda Civic terbabit disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan hanya cedera ringan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan ini berpunca dari kecuaian pemandu Honda Civic yang gagal mengawal kenderaann­ya hingga menyebabka­n berlakunya kemalangan.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ?? PERODUA Rusa yang dipandu mangsa remuk teruk akibat dari kemalangan terbabit.
PERODUA Rusa yang dipandu mangsa remuk teruk akibat dari kemalangan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia