Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa dibentuk perkasa Lembaga Pelawat rumah dan taman didikan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Satu jawatankua­sa akan dibentuk untuk memperkasa Lembaga Pelawat di setiap rumah atau taman didikan di bawah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah.

Jawatankua­sa itu terbahagi kepada lima biro iaitu Kesihatan, Pembanguna­n, Pendidikan, Kesedaran dan Keselamata­n.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata usaha itu bagi pembanguna­n golongan istimewa.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan mesra di Taman Didikan Kanak-kanakKuran­gUpaya (TDKKU) Sandakan, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri GumGum Datuk Zakaria Mohd Edris, Penolong Pengarah Bahagian Sandakan Kasrin Atchil, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Armani Haji Mahiruddin dan Setiausaha Politik kepada Menteri KPMHEP Hajah Asnah Haji Tahlil.

Jainab berkata sudah tiba masanya Ahli Lembaga Pelawat membantu memperkasa­kan rumahrumah kebajikan sekaligus membantu pihak kerajaan membangunk­an masyarakat sejahtera.

“Saya menyeru ibu bapa agar bersama Ahli Lembaga Pelawat membangunk­an golongan istimewa ini agar mereka juga menikma- ti segala kemudahan dan prasarana yang baik bagi membina kendiri mereka,” katanya.

Selepas itu, Jainab meneruskan lawatan mesra ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Kampung Seri Manis Gum-Gum.

Dalam ucapannya, beliau meminta ahli masyarakat bekerjasam­a membantu pelatih PDK untuk maju ke hadapan.

“Saya berharap pengerusi PDKGum-gumsentias­amemandu PDK ini ke arah yang memberi manfaat, berguna dan kreatif dalam membuat sesuatu agar pelatih-pelatih ini berdaya saing dan maju ke hadapan,” katanya

Beliau menambah, kerajaan negeri dan Pusat sentiasa prihatin memberikan pelbagai peruntukan dalam membangunk­an golongan istimewa dan rakyat harus memanfaatk­an peluang serta ruang agar mereka mendapat perhatian sewajarnya.

Katanya, peruntukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah bukti keprihatin­an kerajaan membantu rakyat yang memerlukan. Jainab juga meminta agar syarikat-syarikat korporat membantu rumah-rumah kebajikan di negeri ini dalam pelbagai aspek.

 ??  ?? JAINAB dan rombongan bersama warga TDKKU Sandakan.
JAINAB dan rombongan bersama warga TDKKU Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia