Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan kemenangan pada PRU14

Setiap jentera PBS perlu kerja keras

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Setiap jentera Parti Bersatu Sabah (PBS) di kawasan masingmasi­ng perlu bekerja keras memastikan calon parti itu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, hanya dengan kemenangan sahaja boleh memastikan peranan dan suara PBS dalam Barisan Nasional (BN) lebih kuat.

“PRU14 akan tiba tidak lama lagi, kita perlu memastikan jentera kita kuat dan siap siaga berhadapan cabaran pada PRU ini.

“Perkara yang sama saya tekankanke­padaPBSBah­agian Tanjung Aru agar memastikan kerusi yang disandang PBS kini itu dapat dikekalkan dengan majoriti besar pada PRU14,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Tanjung Aru, di sini pada Ahad.

Beliauberk­ata,semuajente­ra PBS perlu menggunaka­n kebijaksan­aan masing-masing bagi mengatur langkah yang positif.

Katanya, apa yang penting adalah mencapai kemenangan pada PRU14 dan meneruskan perjuangan demi masyarakat majmuk di Sabah.

“PBS perlu mengambil langkah yang baik untuk mencapai cita-cita murni parti, usaha positif selama ini dapat dilihat dengan pelbagai pencapaian dari dahulu sehinggala­h sekarang.

“Pengalaman dan cabaran yang dihadapi sehingga kini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi kita tetap berjaya berhadapan segala rintangan dengan tabah,” katanya.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri menyeru kepada semua masyarakat Sabah agar tidak mudah terpengaru­h dengan kumpulan baharu yang menyebarka­n propaganda mereka menerusi laman sesawang dan juga kempen.

Katanya, isu-isu yang dimuatnaik di media sosial tidak semuanya betul. Rakyat harus mampu menggunaka­n kebijaksan­aan masingmasi­ng menilai berita yang disebarkan.

“Ahlikitapu­lajanganse­sekali lari daripada perjuangan dan objektif parti yang baik, jangan senang dipengaruh­i oleh kumpulan-kumpulan ini yang hanya pandai bercakap.

“Kita juga tidak tahu sama ada kumpulan ini ikhlas atau hanya berpolitik sematamata bagi memenuhi agenda mereka sahaja,” katanya.

Hadir sama dalam mesyuarat itu adalah Ketua PBS Bahagian Tanjung Aru Datuk Edward Yong Oui Fah serta barisan kepimpinan PBS yang lain.

“Perkara yang sama saya tekankan kepada PBS Bahagian Tanjung Aru agar memastikan kerusi yang disandang PBS kini itu dapat dikekalkan dengan majoriti besar pada PRU14. TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Presiden PBS

 ??  ?? PAIRIN (tengah), Edward (tiga kiri) serta pemimpin PBS lain menyempurn­akan acara memotong kek.
PAIRIN (tengah), Edward (tiga kiri) serta pemimpin PBS lain menyempurn­akan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia