Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kg Inarad bersatu sokong usaha kerajaan

- Oleh JOHAN AZIZ

TONGOD: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah memuji penduduk Kampung Inarad yang sentiasa bersatu hati menyokong usaha kerajaan dalam menjamin keamanan serta keharmonia­n rakyat berbilang kaum dan agama di kampung itu.

Beliau berkata, dengan adanya perpaduan rakyat sudah tentu memudahkan kerajaan menyalurka­n sebarang bantuan kepada rakyat.

“Ini menunjukka­n keprihatin­an kerajaan melalui pemimpin dan pegawai kerajaan yang sentiasa mengambilb­erat masalah rakyat dengan turun padang menyelami serta menyelasai­kan pemasalaha­n rakyat,” katanya pada program Jelajah Adun Kuamut dan penutupan Bengkel Pelan Kampung Sejahtera di kampung berkenaan.

Masiung yang juga Adun Kuamut berkata, melalui program turun padang juga membuktika­n betapa kerajaan sangat memahami keperluan rakyat.

Katanya, tujuan kerajaan melaksanak­an bengkel pelan kampung sejahtera adalah untuk menyelaras­kan bantuan dan projek yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan agar tidak lagi wujud sebarang diskrimina­si daripada kontraktor atau syarikat yang ada di kawasan itu.

“Sebagai contoh, ada pemimpin kampung yang datang berjumpa dengan saya mengadu terdapat syarikat pembinaan yang membina projek di kawasan mereka tetapi projek itu tidak mendatangk­an faedah kepada orang kampung.

“Dalam erti kata yang lain, hanya mengaut keuntungan melalui projek pembinaan itu... ini tidak adil kepada penduduk yang benar-benar memerlukan pembanguna­n dan kemudahan untuk keselesaan mereka,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kampung atau kawasan luar bandar di negeri ini khususnya di kawasan Kuamut mendapat kemajuan yang setaraf dengan kampung lain yang sudah maju di negeri ini.

Masiung berharap dengan adanya bengkel seperti itu, penduduk kampung akan lebih memahami bentuk perjuangan dan keprihatin­an kerajaan terhadap rakyat.

Beliau juga menasihatk­an rakyat di kampung itu agar mereka bersabar kerana setiap permohonan projek adalah mengikut keutamaan dan bergantung pada sumber kewangan daripada kerajaan.

Menurut beliau, tidak berlaku projekyang­dipohonhar­iiniesok atau lusa sudah dilaksanak­an. Kerajaan akan memberikan kepada pertimbang­an setiap permohonan projek itu dan rakyat kena bersabar kerana setiap permohonan projek akan diambil perhatian sewajarnya selain mengambil masa untuk melaksanak­annya.

“Saya percaya semua permohonan rakyat yang sudah tersenarai akan saya ambil perhatian serius dan rakyat terutama sekali pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi kena bersabar kerana kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang amat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Unit INFRA Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Jamari, Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Nordin Daling, Ketua Daerah OKK Hashim Tokyo, Pegawai Perhubunga­n Umno Bahagian Kinabatang­an Majid Lindan, Laising Podok dari Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tongod dan para pemimpin masyarakat.

Sempena lawatan Masiung ke kampung itu, beliau turut melawat SK Inarad sambil menyampaik­an bantuan kepada seorang penduduk yang anaknya kurang upaya dan melawat serta bermesyuar­at berkaitan markas pilihan raya umum akan datang.

 ??  ?? JAMARI (empat kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Masiung.
JAMARI (empat kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Masiung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia