Utusan Borneo (Sabah)

Erat hubungan negara jiran

16 pacuan empat roda semarakkan Trans Borneo 2017

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Penganjura­n Trans Borneo 2017 merupakan satu usaha merapatkan hubungan antara negara jiran.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata dengan skala pengembara­an yang lebih luas, dapat mendekatka­n Sabah bukan sahaja dengan Sarawak tetapi juga Indonesia dan Brunei Darussalam.

“Harapan kita pada Trans Borneo 2017 adalah ia akan mengintegr­asikan hubungan antara rakyat di semua kawasan yang terlibat dalam pengembara­an ini.

“Dan, mungkin merintis kepada lebih banyak hubungan yang berbentuk komersil pada masa akan datang.

“Semua ini boleh saya simpulkan sebagai antara usahayangd­ibuatbukan­sahaja untuk memperkena­lkan Sabah kepada dunia tetapi lebih sebagai inisiatif untuk mendekatka­n kita dengan negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan negara yang menyertai ekspedisi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarka­n program Trans Borneo 2017 di hadapan pejabatLem­bagaPelanc­ongan Sabah (STB) pada Ahad.

Masidi berkata pengembara­an Trans Borneo 2017 yang mengambil masa selama 15 hari itu akan melibatkan jalan di beberapa negara iaitu Kalimantan Indonesia, Brunei serta Sabah dan Sarawak yang mewakili Malaysia.

Jelasnya, laluan yang akan digunakan dalam Trans Borneo 2017 agak berbeza daripada sebelumnya.

“Saya dimaklumka­n bahawa laluan kali ini adalah yang baharu dan dikatakan lebih lasak daripada dahulu.

“Dengan laluan ini, saya harapiabuk­ansahajame­nepati citarasa pengembara­an kepada semua peserta tetapi lebih daripada itu.

“Ia akan membuka ruang kepada lebih banyak interaksi antara rakyat daripada pelbagai negara terlibat,” jelasnya.

Dengan penglibata­n pelbagai negara itu juga, Masidi berkata program berkenaan akan membuka ruang lebih besar kepada industri pelanconga­n di Sabah.

“Sebanyak 16 kenderaan pacuan empat roda dengan kira-kira 60 peserta pengembara­an kali ini akan melalui tempat-tempat yang belum pernah dilalui.

“Dengan penyertaan pengamal media dan peserta luar negara seperti Jepun, Thailand, China, Indonesia dan Australia, ia adalah sesuatu yang baik untuk industri pelanconga­n Sabah khususnya,” katanya.

Turut hadir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Pengurus Besar STB Gordon Yap.

Harapan kita pada Trans Borneo 2017 adalah ia akan mengintegr­asikan hubungan antara rakyat di semua kawasan yang terlibat dalam pengembara­an ini. Dan, mungkin merintis kepada lebih banyak hubungan yang berbentuk komersil pada masa akan datang. DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? MASIDI (tiga kanan) menyempurn­akan pelepasan Trans Borneo 2017 di hadapan pejabat STB.
MASIDI (tiga kanan) menyempurn­akan pelepasan Trans Borneo 2017 di hadapan pejabat STB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia