Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pensyarah KVK dipilih duta ke Korea Selatan, India dan Perancis

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Tiga pensyarah Kolej Vokasional Keningau (KVK) telah dipilih sebagai Duta Kolej Vokasional dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) serta Kementeria­n Pendidikan mewakili Malaysia ke Korea Selatan, India dan Perancis.

Mereka terdiri Ikon Guru Kebangsaan, Negeri Sabah dan Daerah Keningau Mohd Sirhajwan Idek, Ibrahim Ismail dan Mohd Al-Khalifa Mohd Affnan. Ketiga-tiga mereka adalah pensyarah Bahasa Inggeris di kolej berkenaan.

Sirhajwan, Ibrahim dan AlKhalifa adalah antara lapan orang dipilih untuk membawa nama Malaysia ke tiga-tiga negara itu.

Sirhajwan berjaya menjadi Top 10 finalis bagi 2017 Innovation and Enterprene­urship Excellence inTeaching­AwarddiEur­opean Conference on Innovation and Entreprene­urship di Paris Perancis.

Beliau akan berada di Perancis dari 18 hingga 25 September tahun ini.

Ibrahim terpilih untuk program Certificat­e Course in Accent Neutraliza­tion, IT and Networking Skills tajaan kerajaan India bertempat di National Institute of Informatio­n Technology (NIIT), New Delhi.

Beliau akan berada di India dari 25 September hingga 17 November tahun ini.

Al-Khalifa pula terpilih untuk program KoreaMalay­sia Teacher Exchange Programme tajaan Kementeria­n Pendidikan Korea Selatan di mana beliau akan ditugaskan di Seoul Technical High School.

Beliau akan berada di Korea Selatan dari 9 September hingga 10 Disember tahun ini.

Penyerahan Jalur Gemilang yang mereka bawa bersama ke negara berkenaan dilakukan di kolej di sini pada Sabtu yang disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah BPTV Hajah Latifah Mohd Isa sempena lawatan kerja beliau bersama tiga lagi pegawai BPTV ke kolej itu.

Latifah mengucapka­n tahniah kepada pengurusan KVKberkait­ankecemerl­angan kepimpinan dan pengurusan organisasi kolej itu.

Beliau menyifatka­n pemilihan tiga pensyarah dari kolej itu adalah atas kecemerlan­gan dan kejayaan mereka dalam menaikkan lagi nama kolej selain prestasi mereka yang begitu cemerlang.

Pengarah KVK Johari Jaibet Sabin berkata pemilihan tiga pensyarah dari kolej itu sebagai duta adalah atas kejayaan mereka yang dapat memberi suntikan semangat kepada warga kolej agar terus meningkatk­an kecemerlan­gan diri dalam kerjaya dan kehidupan.

Katanya, kejayaan mereka adalah tidak pernah mengalah kepada segala cabaran yang mereka hadapi selama ini.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada mereka semoga pemilihan mereka ini sebagai duta dapat mengangkat lagi nama KVK dan juga Malaysia di peringkat antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? SIRHAJWAN (berdiri, kanan), Ibrahim (kiri) dan Al-Khaliffa (enam kiri) bergambar kenangan dengan Latifah (duduk, tiga kanan), Johari (tiga kiri) serta pegawai BPTV dan pensyarah KVK selepas majlis itu.
SIRHAJWAN (berdiri, kanan), Ibrahim (kiri) dan Al-Khaliffa (enam kiri) bergambar kenangan dengan Latifah (duduk, tiga kanan), Johari (tiga kiri) serta pegawai BPTV dan pensyarah KVK selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia