Utusan Borneo (Sabah)

Bina kilang Proton-Geely di Sabah

Cadangan Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu mencadangk­an agar pengeluar kereta nasional Proton-Geely membina kilang pengeluar automotifn­ya di Sabah.

Ketuanya Mohd Bahrin Abd Karim berkata, Sabah merupakan negeri yang strategik bagi ProtonGeel­y mewujudkan kilang mengeluar automotifn­ya di luar Semenanjun­g Malaysia.

“Ini memandangk­an Sabah terletak agak strategik di kawasan pertubuhan BIMPEAGA yang mempunyai kira-kira seramai 60 juta penduduk.

“Wilayah BIMP-EAGA meliputi keseluruha­n negara Brunei Darussalan, Sabah/Sarawak di Malaysia, Kalimantan di Indonesia dan Selatan Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Kota Kinabalu di Dewan Maktab Sabah, pada Sabtu.

Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abd Ghani. Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Haji Faisyal Diego dan Timbalanny­a Datuk Seruji Haji Nawawi, Naib Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose dan pemimpin Umno pelbagai peringkat.

Baru-baru ini, kerjasama telah dimeterai antara Proton dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding), sebuah syarikat gergasi yang berpangkal­an di China, untuk melonjakka­n semula pengeluara­n kereta Proton di peringkat antarabang­sa termasukla­h di wilayah Asia Tenggara.

Mohd Bahrin berkata, dalam tempoh sepuluh tahun dari sekarang, Sabah akan mempunyai sebuah pelabuhan bertaraf dunia di Sepanggar dan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubung­i Sabah dengan wilayah lain di BIMPEAGA khususnya Brunei dan Kalimantan.

Katanya, Pemuda Umno Kota Kinabalu berpendapa­t sudah tiba masanya Sabah mempunyai sebuah kilang automotif untuk merebut potensi pasaran kenderaan bermotor dalam kawasan wilayah BIMP-EAGA ini.

Menurutnya, Pelabuhan Sepanggar juga bakal menjadi tempat persinggah­an kapal perdaganga­n dunia kerana ia terletak di laluan kapal perdaganga­n laut antarabang­sa timur dan barat yang paling sibuk.

“Kita maklum, Proton adalah satu-satunya pengeluar automotif sepenuhnya di ASEAN yang memiliki keupayaan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), dan kemudahan pengeluara­n yang kukuh. Oleh itu, Sabah juga mahu dilibatkan sama dan tidak ketinggala­n dalam sektor industri permotoran ini,” katanya.

Beliau optimis dengan wujudnya kilang itu nanti, secara langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak muda di negeri ini dalam bidang automotif, yang sekaligus dapat mengurangk­an kadar penganggur­an.

Mohd Bahrin juga mencadangk­an agar DRBHICOM yang dahulunya mempunyai cawangan di Sabah mewujudkan semula cawangan mereka, sebagai persediaan kepada cadangan itu.

Katanya, Pemuda Umno Kota Kinabalu juga menggesa agar cadangan mewujudkan sebuah bandar belia di Sabah dipercepat­kan dan diberi perhatian yang serius oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga Persekutua­n.

Menurutnya, pada masa ini sebuah bandar belia sedang rancak diwujudkan di daerah Mualim, Perak yang bakal digelar sebagai Bandar Belia 1Malaysia (1MYC).

Mohd Bahrin juga meminta anggota pergerakan Pemuda Umno Kota Kinabalu agar bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Beliau berpendapa­t PRU kali ini merupakan pilihan raya yang sangat penting untuk menentukan kesinambun­gan pembanguna­n dan kemajuan yang telah digerakkan oleh kerajaan BN/Umno demi kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat.

“Justeru,marilahkit­abersama menyingsin­g bahu, bersatu hati dan tenaga menghadapi ibu kepada segala pilihan raya ini bagi memastikan kemenangan BN dan Umno,” katanya.

Wilayah BIMP-EAGA meliputi keseluruha­n negara Brunei Darussalan, Sabah/Sarawak di Malaysia, Kalimantan di Indonesia dan Selatan Filipina” MOHD BAHRIN ABD KARIM Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu

 ??  ?? (gambar kiri) JOHARI (kiri) berbincang sesuatu bersama Faisyal dan Mohd Bahrin selepas majlis penyerahan van kepada Umno Bahagian Kota Kinabalu.
(gambar kiri) JOHARI (kiri) berbincang sesuatu bersama Faisyal dan Mohd Bahrin selepas majlis penyerahan van kepada Umno Bahagian Kota Kinabalu.
 ??  ?? JOHARI bersalaman dengan Faisyal sebagai tanda perasmian dan penyerahan van untuk Umno Bahagian Kota Kinabalu sambil diperhatik­an oleh John (kiri), Mohd Bahrin (empat dari kiri) dan pemimpin Umno Bahagian Kota Kinabalu.
JOHARI bersalaman dengan Faisyal sebagai tanda perasmian dan penyerahan van untuk Umno Bahagian Kota Kinabalu sambil diperhatik­an oleh John (kiri), Mohd Bahrin (empat dari kiri) dan pemimpin Umno Bahagian Kota Kinabalu.
 ??  ?? (gambar atas) JOHARI (dua dari kanan) menerima cenderamat­a daripada Faisyal sambil diperhatik­an oleh pemimpin Umno yang lain.
(gambar atas) JOHARI (dua dari kanan) menerima cenderamat­a daripada Faisyal sambil diperhatik­an oleh pemimpin Umno yang lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia