Utusan Borneo (Sabah)

Pergerakan Umno KK perlu kerja keras

-

KOTA KINABALU: Sayap Umno bahagian ini digesa bekerja keras menyuraika­n keresahan rakyat sekali gus memberi cerminan bahawa hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu membela nasib mereka.

Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Datuk Rushimah Zakaria berkata, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang berperanan sebagai pendukung parti keramat Melayu itu wajar membuktika­n kebolehan masing-masing dalam usaha mendekati rakyat.

Malah, kerjasama antara barisan sayap Umno bahagian itu merupakan satu strategi yang boleh diguna pakai bagi menguatkan jentera parti sekali gus membantu memenangi calon Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Saya mengingatk­an ahli sayap Wanita, Pemuda dan Puteri supaya bangkit bersama-sama serta terus mendekati rakyat di peringkat akar umbi dengan mendengar segala pandangan dan permasalah­an mereka.

“Kita jangan dekati mereka menjelang PRU-14 sahaja tetapi usaha itu perlu berterusan,” katanya ketika berucap pada perasmian serentak Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Kota Kinabalu serta Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Kota Kinabalu di Dewan SM Maktab Sabah, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Naib Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Nuirya Muammil.

Dalam pada itu, Rushimah meminta semua ahli Umno supaya bersatu padu bagi memastikan parti yang memperjuan­gkan hak Melayu serta bumiputera itu terus kuat, relevan dan berjaya.

Katanya, Umno dan BN boleh mengekalka­n kemenangan sekiranya semua ahli parti memantapka­n kesatuan dan permuafaka­tan.

“Jangan sesekali kita menjadi onar atau duri dalam daging kepada parti. Jangan kita sabotaj gerak kerja parti dan calon-calon yang bertanding.

“Mereka adalah wakil kepada kita dan jika tewas, ia bukan sahaja terkesan kepada calon tetapi impak besar kepada parti dan kerajaan yang dibentuk,” katanya.

Beliau menegaskan ketiga-tiga sayap Umno bahagian itu sebulat suara menzahirka­n sokongan tidak berbelah bahagi dan taat setia kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan Ketua Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Rushimah menjelaska­n Wanita Umno Bahagian Kota Kinabalu mencadangk­an dua usul iaitu kerajaan mempertimb­angkan pewujudan dua kementeria­n yang pada masa ini di bawah satu kementeria­n iaitu Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Wanita Umno turut mencadangk­an satu jawatan menteri penuh di peringkat Kerajaan Pusat diberikan kepada Wanita dari Sabah manakala dua jawatan menteri penuh di peringkat kerajaan negeri.

 ??  ?? WANITA, Pemuda dan Puteri Umno Kota Kinabalu selepas mesyuarat sayap-sayap pergerakan parti itu di Dewan Perdana Maktab Sabah.
WANITA, Pemuda dan Puteri Umno Kota Kinabalu selepas mesyuarat sayap-sayap pergerakan parti itu di Dewan Perdana Maktab Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia